
Perasankah anda, ada sesetengah orang yang berdiet akan mengalami saat di mana beratnya sudah turun tetapi orang di sekelilingnya langsung tidak perasan dek perubahan dirinya.
Semua ini kerana mereka hanya kurangkan berat badan, bukannya mengurangkan inchi di tubuhnya. Hal ini disokong oleh Sam Abd Rahman, menurutnya lemak seseorang dibakar sebanyak 30-50gram sahaja setiap hari.
Menurutnya lagi menimbang hari-hari adalah sesuatu yang boleh diumpamakan ‘membunuh diri’, kerana setiap perubahan di atas alat penimbang berat badan adalah kerana perubahan air di tubuh badan. Malah, dia turut berkata lelaki sepertinya memerlukan air dalam tubuh badan sebanyak 55-60% sahaja.
Tambahnya jika badan anda turun dengan mendadak, itu bermakna badan anda kehilangan air dan otot. Malah, dia akui dengan mengamalkan crash diet berat badan memang akan turun dengan cepat, namun tubuh badan akan mudah rasa lemah dan tidak sihat kerana tubuh badan sudah membuang komponen otot.
Menurutnya lagi, dalam dunia fitness banyak benda yang perlu di titik beratkan selain dari kilogram. Namun kejayaan paling besar adalah apabila anda berjaya turunkan inchi diukur lilit badan anda.
Malah, apabila lemak banyak terutamanya di bahagian abdomen kerana ia akan menyaluti organ-organ dalam tubuh badan yang akan menyebabkan hormon dan akhirnya dan mengundang pelbagai penyakit.
Okay, MASKULIN tidak mahu cakap panjang saksikan video ini sendiri….
Sumber: Sam Abd Rahman
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Berenang Boleh Bantu Pesakit Asma, Ini 6 Kebaikan Lain Anda Bakal Dapat!

Berenang adalah sukan akuatik. Ia adalah sukan yang menggunakan banyak otot dan mudah untuk membakar kalori serta menyihatkan.
Itu sebab badan seorang atlet renang sangat berotot kerana latihannya sangat keras. Setiap kali seorang manusia masuk ke dalam kolam dan membuat latihan berenang, ia akan membakar kalori dalam jumlah yang sangat banyak.
Di bawah ini MASKULIN sediakan beberapa kebaikan kepada mereka yang seringkali membuat senaman secara berenang.
1. Senaman paling murah
Tidak kisahlah di mana anda berenang, sama ada di air terjun, tasik, atau kolam renang awam, anda tidak perlu berbelanja dengan tinggi untuk aktiviti ini.
Ia sama seperti berjogging, tidak perlukan belanja yang tinggi, cuma hanya perlu berlari dan jaga tempo larian. Sama juga seperti berenang, hanya terjun dalam kolam, dan berenang mengikut tempo yang sesuai dengan diri anda.
2. Bakar kalori dengan banyak
Aktiviti ini dalam masa sejam boleh bantu bakar sebanyak 500 kalori. Ini kerana ketika berenang, anda menggunakan otot seluruh badan untuk melakukan aktiviti ini.
Senaman ini tidak perlu fokus kepada sesuatu bahagian tubuh, ia akan guna semua otot yang ada di badan. Kajian juga menunjukkan sukan berenang adalah sukan yang berisiko kecederaan sangat rendah berbanding sukan berlari, angkat berat dan lain-lain.
BACA: Sakit Perut Boleh Ganggu Prestasi kerja Bila Di Pejabat, Guna Bahan Ini Untuk Redakan Kesakitan
3. Bantu pesakit asma
Ia juga bantu tingkatkan prestasi paru-paru anda. Kena ingat, bukan badan sahaja yang perlukan senaman. Paru-paru juga perlukan senaman yang sesuai. Untuk buatkan paru-paru anda dapat senaman yang diperlukan, berenang adalah jawapannya.
Ini kerana apabila berenang, paru-paru anda perlu bekerja keras untuk menghantar oksigen yang mencukupi di seluruh badan. Ini membuatkan paru-paru anda lebih kuat serta tingkatkan sistem pernafasan.
4. Kawal diabetis
Sukan ini juga mampu bantu pesakit diabetis. Ia bantu mengawal tahap glukosa darah dan sangat sesuai untuk pesakit diabetis tahap 2. Masa yang sama ia bantu kuatkan jantung yang mana penyakit ini seringkali memberi kesan pada jantung.
Jika senaman lain agak keras dan membuatkan pengamalnya stress, berenang adalah jawapannya. Sukan renang memberikan anda ketenangan kerana apabila berada dalam air, anda tidak akan dengar suara orang lain.
5. Bantu tingkatkan kesihatan mental
Seperti yang dinyatakan tadi, sukan renang bantu anda untuk lebih tenang. Tiada suara orang menjerit anda akan dengar, kerana di dalam air, ia lebih tumpat daripada permukaan kerana terdapat udara.
Setiap strok renangan yang anda buat, pasti akan bantu otak anda melepaskan segala stress yang pernah anda hadapi. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk meditasi dalam air.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kalau Tak Diet, Baik Tak Payah Ambil Fat Burner

BERKESANKAH FAT BURNER?
Ramai yang bertanya, adakah fat burner ini berkesan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan? Tidak perlu bersenam atau sekadar menelan sebiji pil dan keesokannya anda tampil menawan? Wah! Jika begitulah fungsinya pasti ramai yang berpusu dan tidak mahu melepaskan peluang memiliki produk luar biasa ini. Bersama Maskulin kita fahami, apakah itu fat burner dan keberkesanannya.
APA ITU FAT BURNER?
Fat burner adalah produk pembakar lemak jenis thermogenik yang berfungsi meningkatkan kadar metabolisme badan. Mengandungi elemen seperti kefein, guarana, MaHuang, ginseng, tongkat ali, Chromium Picolinate, kola dan banyak lagi bahan tambahan dalam membantu proses pembakaran kalori.
Pembakaran lemak yang berlaku bukanlah membakar lemak semata, sebaliknya ia meningkatkan pembakaran kalori seharian anda.
CARA PENGAMBILAN
-Harus rancang pemakanan bersama pengambilan fat burner supaya ia lebih berkesan untuk membakar kalori dari pemakanan harian.
-Ambil sebelum melakukan senaman kerana ia lebih efektif.
-Ada juga fat burner yang boleh di ambil sepanjang berpuasa.
-Bagi fat burner yang mempunyai dua dos sehari, makan sekali sebelum bersenam dan sekali lagi pada waktu anda rass lapar.
-Disebabkan kandungan kafein yang tinggi, berhenti mengambil fat burner 5 jam sebelum waktu tidur.
-Dapatkan cukup tidur bagi mengekalkan kadar metabolisme yang tinggi.
MANFAAT PENGAMBILAN FAT BURNER
Makanan tambahan pembakar lemak – Lebih berkesan apabila ia digabungkan bersama diet sihat dan program senaman berterusan.
Mengurangkan selera makan –Membolehkan pengguna meneruskan diet tanpa ada rasa lapar dengan stamina yang tinggi.
Meningkatkan tenaga – Membenarkan anda melalui sesi senaman tanpa rasa letih.
Meningkatkan metabolisme- Tubuh cepat berpeluh dan kadar pembakaran kalori adalah
KESAN SAMPINGAN?
Kesan sampingan pembakaran lemak yang berlaku menyebabkan beberapa kesan sampingan lain kepada pengguna. Selain denyutan jantung bergerak pantas, ada beberapa lagi kesan yang perlu anda ambil peduli.
- Resah
- Bimbang
- Gementar
- Insomnia
- Cepat marah
- Stres
- Tidak tenang
JENIS-JENIS FAT BURNER
- Thermogenic –Paling biasa digunakan.
- Stimulant – Tanpa menggunakan perangsang seperti kafein / guarana.
- Penghalang karbohidrat- Menghalang karbohidrat daripada dihadam.
- Penghalang Lemak – Blok lemak daripada dihadam
- Pengawal Tiroid – Mengawal badan dari sel-sel lemak.
- Appetite Suppressants – Mengawal selera makan.
- Kortisol Blockers
- Fat Loss Gel /Cream – Bertindak pada sel-sel lemak di bawah kulit.
Tidak perlu jika
Elak penggunaan pembakar lemak sekiranya anda tidak pandai menjaga diet keseluruhan, tidak bersenam, mempunyai hipertension, masalah jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain.
Boleh cuba
Sekiranya anda sudah tahu mengawal diet, aktif bersenam dan tidak mempunyai masalah jantung atau penyakit kardiovaskular.
+Jangan terlalu bergantung kepada mana-mana suplement untuk mengawal berat badan dan jangan gunakan pembakar lemak untuk jangka masa panjang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Senaman Guna VR, Tak Sangka Selain Berikan Kecergasan Baik Kekuatan Minda Juga Meningkat!

MASKULIN yakin pasti ramai di antara anda gemar melakukan senaman sama ada di gimnasium atau pun di rumah. Kedua-dua lokasi tertutup seperti ini sebenarnya sudah cukup baik terutamanya buat mereka yang inginkan privasi.
Bagi anda yang ingin bersenam dalam suasana terbuka dan tidak kisah dengan orang ramai melakukan senaman di taman permainan atau pun di lokasi seperti tasik adalah pilihan terbaik.
Namun tahukah anda ada pilihan alternatif yang lain mampu memberikan bukan sahaja pengalaman senaman yang hebat tetapi memberikan ekspresi visual luar biasa?
Pengenalan teknologi virual reality atau realiti maya telah banyak mengubah lanskap pemainan video di seluruh dunia. Dan kini ia mula digunakan secara lebih menyeluruh termasuklah untuk pengalaman senaman yang menarik dan tersendiri.
KEBAIKAN SENAMAN GUNA VR
Menurut satu kajian dari Garis Panduan Aktiviti Fizikal untuk Rakyat Amerika daripada Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS mendapati bahawa individu dewasa perlu lebih banyak bergerak dan elakkan duduk dalam masa yang lama.
Dalam erti kata lain kita perlu bersenam!

Kebanyakan daripada kita sudah mengetahui perkara ini, tetapi mencari motivasi untuk berbuat demikian adalah cerita yang berbeza dan ramai orang yang tidak akan komited dengan jenis senaman lain.
Di sinilah set kepala VR mampu memainkan peranan dan memberikan anda galakan untuk melakukan senaman yang cukup berbeza dengan cara konvensional.
Bagi manfaat kesihatan yang optimum setiap orang perlu melakukan senaman atau aktiviti fizikal sekurng-kurangnya 2 jam dan 30 minit setiap minggu atau 1 jam dan 15 minit aktiviti intensiti yang kuat.
Sebaik-baiknya ini akan disebarkan sepanjang minggu dan ia mestilah aerobik, yang bermaksud peningkatan kadar denyutan jantung anda mengepam lebih banyak oksigen ke otot anda.
Memiliki VR pada masa kini tidaklah semahal seperti dahulu. Ada banyak variasi pilihan di pasaran yang boleh didapatkan pada harga yang berpatutan.
Lebih menarik, VR games pada masa kini juga dibangunkan dengan cukup baik terutamanya melibatkan permainan atau tutorial kecergasan seperti permainan tenis atau larian.
Di antara kelebihan menggunakan VR ialah ia tidak emmerlukan anda mempunyai peralatan khusus untuk aktiviti senaman. VR memberi peluang untuk kita melibatkan diri dalam pengalaman kecergasan yang mendalam dalam keselesaan rumah mereka sendiri. Ini membolehkan mereka bersenam dengan hanya set kepala VR dan sedikit ruang.
KELEBIHAN VR UNTUK KECERGASAN

Aktiviti fizikal sememangnya baik untuk kecergasan dan kesihatan. Jadi bersenam menggunakan VR juga memberikan manfaat yang tidak kurang hebatnya. Berikut beberapa kelebihan dan manfaat boleh anda perolehi;
- Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
- Mengurangkan risiko diabetes jenis 2
- Menggalakkan peningkatan peredaran
- Membantu mengurangkan dan menguruskan tekanan & kebimbangan
- Meningkatkan kualiti tidur
- Meningkatkan kesihatan tulang
- Mengekalkan sendi fleksibel, meningkatkan julat pergerakan
- Menggalakkan pengekalan jisim otot
- Meningkatkan keseimbangan dan koordinasi, mengurangkan risiko kecederaan yang berkaitan dengan jatuh
Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba bersenam dengan menggunakan VR!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI