“Gaji saya RM2000, berapa harga rumah saya layak beli?”. “Gaji saya RM2500, berapa je bank dapat bagi untuk pembiayaan perumahan?” Biasanya sebelum nak beli rumah, soalan sebegini yang sering bermain di fikiran kita.
Bagi memastikan sama ada anda layak beli rumah atau tidak, ikuti perkongsian Amir Syahir ini. Beliau tunjukkan cara nak semak kelayakan beli rumah secara online dengan mudah.
BACA: Lebih 119k Shares, Lelaki Ini Kongsi 10 Tip Nak Beli Rumah Pertama Di Usia 25 Tahun
Jom ikuti perkongsiannya.
Secara asasnya pihak bank akan melihat DSR, CCRIS dan CTOS untuk meluluskan pembiayaan perumahan serta aspek-aspek lain.
Seterusnya bank akan tengok gaji dan pendapatan korang. Jadi, macam mana nak kira?
Korang tahu tak, ada satu akses secara PERCUMA kepada korang melalui “Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan” secara online.
Laporan ini mengandungi kelayakan individu/bersama nisbah khidmat hutang, penilaian, kelayakan pinjaman maksimum untuk pinjaman perumahan sehingga 15 bank dalam satu laporan.
Fuhh. 15 bank tu. Boleh tahan.
Ini dapat membantu dan memperbaiki proses semakan pembiayaaan korang yang sedia ada. Bukan untuk yang bergaji saja. Yang bekerja sendiri pun mudah untuk buat semakan.
Kepada korang yang sibuk bekerja dan susah untuk “walk-in” ke setiap bank untuk semakan, boleh guna cara ni.
Laporan ini dijana menggunakan input terus daripada pihak bank dan perubahan input semasa sentiasa dikemaskini.
Korang boleh klik link ini loanstreet.com.my.
Ini mungkin anggaran kasar sahaja. Akan berbeza keputusannya jika korang betul-betul nak mohon pembiayaan perumahan nanti. Sekurang-kurangnya korang dah tahu had maksimum kelayakan harga korang boleh beli rumah.
Kalau dah tahu kelayakan, senang lah korang memburu hartanah nanti. Takde bank tolak permohonan pembiayaan perumahan korang nanti. Kah!
Rujuk gambar di bawah untuk penjelasan lebih lanjut.
BACA: Berazam Nak Beli Rumah 2019? Ini 3 Fasa Anda Perlu Tahu Sebelum Berjaya Dapat Kunci!
1. Paparan depan laman web
2. Korang boleh pilih makan gaji ataupun bekerja sendiri
3. Keputusan
4. Tekan teruskan untuk melihat laporan 15 bank yang lain. Masukkan emel untuk keputusan penuh.
5. Laporan yang sampai dekat emel kita
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI