Mungkin anda rasa mustahil di usia muda, anda boleh membeli rumah pertama. Namun percayalah, jika ada perancangan kewangan yang sempurna segalanya boleh menjadi realiti. Malah hajat anda untuk membeli rumah pertama juga akan dipermudahkan jika kena dengan caranya.
Bagi yang berhajat nak membeli rumah pertama di usia muda, anda boleh baca perkongsian Harith Faisal ini. Semoga perkongsiannya tentang 10 tip membeli rumah pertama di usia 25 tahun ini bermanfaat untuk anda miliki rumah pertama sendiri.
Bukan lagi fantasi, tapi realiti!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
“Jika Ada Peluang Lelaki Kena Sambung Belajar & Pergi Merantau”, Nasihat Dr. Diddy Hirdy Bekas Peserta AF4
Buat anda generasi milenial pastinya tahu tentang salah sebuah program realiti paling popular dalam sejarah penyiaran di Malaysia iaitu Akademi Fantasi. Tidak dinafikan bakat-bakat yang lahir dari program realiti nyanyian ini telah menghasilkan ramai penyanyi, pelakon, pengacara dan selebriti popular pada masa kini.
Namun di kala rakan-rakan seperjuangan lain meneruskan karier mereka dalam industri hiburan berbeza pula dengan Diddy Hirdy, bekas peserta Akademi Fantasia 4 yang kini telah bergelar sebagai seorang ahli pendidikan tinggi yang memiliki gelaran Doktor Falsafah (Phd).
Dr. Diddy Hirdy yang ditemui MASKULIN baru-baru ini kini bertugas sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bagi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) bermula 1 Januari 2024 yang lalu.
Figura dengan nama penuh, Syamsul Hirdi Bin Muhid kini ternyata tampil lebih matang sesuai dengan tugasnya kini yang cukup penting di Universiti Utara Malaysia.
Baginya sebagai seorang ahli akademik yang masih bahary dia cukup bebesar hati kerana diberikan kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang cukup besar. Malah, dia juga menganggap ini sebagai satu pencapaian besar dan baru baginya.
“Pelantikan ini merupakan bagi saya ini satu tanggung jawab yang sangat besar. Saya perlu berurusan mengenai hal ehwal pelajar termasuklah berkaitan kebajikan dan akademik mereka.
“Saya jenis yang buat kerja dan biar hasil yang bercakap untuk kita dan orang akan melihat hasil kerja kita. Tak pernah dalam doa dan cita-cita saya untuk memegang jawatan tertinggi di pusat pengajian ini,” ujarnya apabila ditanya soal tanggungjawab yang digalas.
MASKULIN juga sempat bertanyakan pendapatnya mengenai keperluan seorang lelaki melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan juga meratau ke negeri orang. Bercakap berdasarkan pengelamannya sendiri, Dr. Diddy berkata jika ada peluang seorang lelaki itu memang patut untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Untuk lelaki sangat patut melanjutkan pendidikan tinggi. Dan untuk lelaki jika ada peluang pergilah sangat patut untuk merantau, melihat tempat orang. Kerana ketika itulah kelelakian kita diuji.
“Maksud saya di sini kalau sebagai lelaki merantau di situ kita kena buat keputusan sendiri. Saya letak diri saya sendirilah sebagai ketua keluarga untuk isteri dan anak-anak, saya kena buat keputusan penting. Tak dinafikan pada masa itu rasa tak bersedia dan tak boleh buat keputusan tapi nak tak nak kena buat keputusan dan ambil risiko,” tambahnya lagi.
Jelasnya lagi sebagai seorang lelaki, kita juga perlu pandai berbincang dengan isteri.
“Apabila merantau di sinilah kita punya pemikiran dan kematangan berlaku. Bila merantau kematangan itu akan berlaku secara drastik. Kita saja yang betul-betul rasai pengalaman dan buat keputusan sendiri,” tambahnya lagi.
Untuk pengetahuan anda, Dr. Diddy yang kini berusia 39 tahun ini memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Muzik pada 2022 dari University of Liverpool. Di peringkat Ijazah Sarjana Muda pula, dia merupakan lulusan UUM dalam jurusan Komunikasi.
@maskulinmyPernah merantau hingga ke Liverpool, England demi melanjutkan pengajian, bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat ini menggalakkan golongan lelaki untuk keluar merantau demi mencabar diri menjadi seorang yang lebih matang. #diddyhirdy #UUM #universitiutaramalaysia #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada Dr Diddy Hirzy. Semoga kisah dan perkongsiannya memberikan manfaat untuk kita semua.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Guru Dari Sabah Terima Anugerah Berprestij (ISTE), Level Pendidik Antarabangsa
Kerjaya guru sangat mulia, tugas mereka mendidik anak bangsa hingga ada yang berjaya dan memperoleh pangkat dan gaji besar.
Terbaru, seorang guru Bahasa Inggeris dari Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah, Dr Sirhajwan Idek telah dinobatkan sebagai salah seorang pemenang Anugerah 20 to Watch oleh International Society for Technology in Education (ISTE).
Sumbangan Merintis Program Pendidikan Maya
Anugerah tersebut diberikan sempena sumbangan beliau yang merintis program pendidikan maya yang membolehkan para pelajar dan guru di negara ini menyertai sesi latihan dan pembelajaran secara langsung menggunakan aplikasi Google Meet atau Zoom.
Program pendidikan maya yang dikenali sebagai Virtual, Remote, Live (VRL) telah diiktiraf sebagai salah satu amalan terbaik pendidikan oleh SEAMEO VOCTECH, sebuah cabang badan pendidikan di Brunei yang menerajui pendidikan vokasional dan teknikal di rantau Asia Tenggara.
Melalui projek itu, Cikgu Sirhajwan berjaya menghubungkan lebih daripada 2,000 pelajar dan guru di Malaysia dengan golongan ilmuwan dari negara-negara lain yang membantu mereka mempelajari pelbagai topik dan kemahiran asas serta mempertengahkan hasil kerja mereka dengan sebaiknya.
Pengarah KV Keningau, Nordin Akup telah mengucapkan tahniah kepada Cikgu Sirhajwan atas usaha gigihnya memberikan peluang pembelajaran kepada pelajar dan pendidik dengan meneroka pelbagai kaedah.
“Saya berharap agar para guru di kolej ini akan terus bersemangat dan berusaha memberikan yang terbaik dalam mendidik generasi muda negara,” ujar beliau.
Terima Plak Anugerah
Sebagai penerima anugerah, Cikgu Sirhajwan akan menerima plak anugerah, keahlian premium persatuan selama setahun, jemputan ke persidangan, serta peluang menyumbang terhadap pendidikan berasaskan teknologi melalui penulisan artikel dan sesi perkongsian.
Untuk rekod, ISTE adalah sebuah organisasi global yang berpusat di Amerika Syarikat yang memfokuskan kepada memangkin penggunaan teknologi dalam kalangan pendidik melalui pendekatan latihan yang komprehensif.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Malaysia Lebih Baik Berbanding Beberapa Negara Eropah Tangani COVID-19
Negara kita kini sedang dilanda gelombag kedua COVID-19 yang cukup mencabar sekali. Jumlah jangkitan meningkat hari demi hari dan ketika artikel ini ditulis negara kita mencatatkan sejumlah 23 kes kematian.
Namun usah khuatir dan resah kerana ketahuilah bahawa engara kita merupakan antara yang terbaik menangani dan berdepan krisis Covid-19.
Perkara ini diulas dengan begitu baik sekali oleh sebuah page Facebook, ASEAN Skyline. Hantaran yang berjudul ‘How Malaysia is Handling COVID-19 Outbreak So Far?” telah mendapat sebanyak lebih 1,600 perkongsian dengan hampir 240 komen.
Jadi bagaimana negara kita menghadapi situasi sukar ini?
PERSEDIAAN LENGKAP
Walaupun Malaysia merupakan negara ASEAN yang mencatatkan jumlah kes paling tinggi namun kita cukup bersedia menghadai gelombang ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan ujian saringan yang sangat tinggi (kedia tertinggi di ASEAN selepas Vietnam).
Jumlah katil untuk penjagaan kritikal serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan dengan begitu baik.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh JP Morgan bertajuk ‘Add Malaysia To Asia Infection Curve’ mendapati Malaysia telah mengambil langkah sangat agresif dalam stategi ujian di mana ia jauh lebih hebat berbanding kebanyakan negara ASEAN malah beberapa buah negara Eropah.
KADAR UJIAN
Kajian tersebut juga mendapati Malaysia kini menjalani ujian COVID-19 terhadap 482 orang untuk satu juta penduduk. Jika dibandingkan dengan negara ASEAN, ujian dilakukan oleh Malaysia lebih tinggi pada kadar 4 hingga 81 kali ganda.
Ia juga mendapati negara-negara jiran hanya melakukan ujian ke atas 6 sehingga 109 orang untuk satu juta penduduk.
Kemampuan makmal ujian di negara kita juga tidakkurang hebatnya. Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah makmal-makmal terdapat di Malaysia kini mampu melakukan ujian sebanyak 7,000 sehari dan ia akan meningkat sehingga 16,500 dalam masa yang terdekat.
KADAR MORTALITI RENDAH
Sebagai perbandingan Korea Selatan sebagai sebuah negara yang awal berdepan krisis ini berjaya mengekang penyebaran virus ini kerana fasiliti ujiannya yang sangat baik. Menurut laporan NBS News, Korea Selatan berjaya melakukan sebanyak 20,000 ujian sehari di 633 buah fasiliti di mana pusat pandu lalu juga disediakan.
Kadar mortaliti di Malaysia juga masih rendah iaitu 1.1% berbanding peratusan global pada kadar 4.5%.
Inilah kerja keras dan perancangan yang sangat baik telah dilakukan oleh KKM dan juga pelbagai pihak berkaitan.
Sessungguhnya mereka adalah wira negara!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI