“Siapa yang pernah laluinya sahaja yang akan faham”.

Buat anda yang jarang bersenam pasti selalu dengar kata-kata di atas diucapkan oleh rakan-rakan yang aktif dengan rutin fitness harian mereka.

Sejujurnya, mereka tidak salah. Memang benar sesiapa yang melakukan senaman secara rutin pasti akan dapat merasa perubahan fizikal dan mental selepas melakukannya secara konsisten.

Jika anda ingin rasainya, ia tidaklah sukar sebenarnya. Cuba bersenam selama tujuh haru berturut-turut. Ambil masa kira-kira satu jam sehari untuk melakukan senaman seluruh badan.

Apa yang MASKULIN boleh katakan anda akan dapat rasakan sendiri perubahannya dalam masa tujuh hari. Ingin tahu apakah perubahan itu? Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.

Lakukan Senaman Selama Tujuh Hari Tanpa Henti, Ini Beberapa Perubahan Anda Akan Rasakan

Ads

BADAN LEBIH SEGAR

Mulakan hari anda dengan melakukan senaman pagi. Anda akan dapati diri berasa lebih baik untuk sepanjang hari tersebut. Sebagai contoh anda bangun awal kira-kira jam 5 pagi dan sedia untuk bersenam mengeluarkan peluh.

Malah boleh lakukn selepas solat Subuh dan mandi pagi. Jadi jangan lupa mulakan hari dengan senaman menyebabkan agar sentiasa segar dan bertenaga dan kekal cergas.

Lakukan Senaman Selama Tujuh Hari Tanpa Henti, Ini Beberapa Perubahan Anda Akan Rasakan

LEBIH POSITIF

Mungkin anda fikir bangun lebih awal akan mengurangkan tenaga anda, terutamanya jika anda kurang tidur, tetapi sebenarnya sebaliknya. Bangun untuk senaman akan meningkatkan tenaga dan anda rasa penuh semangat! Jadi pastikan anda bangun awal untuk mendapatkan 30 minit hingga 1 jam sesi kecergasan.

Ads

MAKIN BERSEDIA

Anda bangun pagi untuk menyiapkan diri ke tempat kerja, sebelum itu kenapa tidak melakukan senaman ringkas yang mudah juga boleh dilakukan asalkan anda tidak mencari alasan untuk tidak melakukannya.

PEKA DENGAN PILIHAN

Jika anda mulakan hari anda dengan senaman pagi, anda akan menetapkan hari anda dengan cara yang lebih sihat dan juga mendapati diri anda hanya melihat dan memilih makanan yang sihat sahaja. Anda pasti tidak akan mahu makan donat disira gula untuk sarapan pagi kerana ianya hanya membuatkan anda lesu, jadi oat, omellete, salad, yogurt dan roti adalah pilihan anda.

Lakukan Senaman Selama Tujuh Hari Tanpa Henti, Ini Beberapa Perubahan Anda Akan Rasakan

Ads

KEKAL SIHAT

Bila bersenam pada awal pagi, anda akan mampu membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Rutin senaman setiap pagi juga dapat membantu individu menjaga berat badan dan sentiasa keep fit.

ALIRAN DARAH

Senaman pada waktu pagi bukan saja menambahkan tenaga malah mempunyai impak terhadap kesihatan, Percayalah kalau anda tak lakukan senaman, besar kemungkinan anda rasa tidak bermaya, lesu malah sentiasa mengantuk. Hormon menyediakan badan anda untuk senaman dengan mengawal tekanan darah, kadar jantung, darah mengalir ke otot.

MUDAH BANGUN TIDUR

Apa lagi kelebihan senaman waktu pagi? Ya, ia boleh buat anda bangun pagi dengan lebih mudah. Jika anda bangun pada masa yang berlainan setiap hari, ianya hanya mengelirukan badan anda dan menyebabkan badan tidak bersedia dan lemah.

Dapatkan pakian sukan dan senaman pada harga menarik di sini!

HIDUP LEBIH BERKUALITI

Jika anda bersenam pada waktu pagi, hidup pasti akan lebih bahagia dan lebih positif. Malah, anda lebih bersemangat dan ceria sepanjang masa.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI