Miliki kulit yang halus adalah bonus dan semua orang pasti menginginkannya. Jangan kata perempuan sahaja mengidamkan kulit bebas dari kotoran di wajah kerana lelaki juga impikan kulit wajah yang bersih terutamanya di bahagian hidung.
Untuk memiliki kulit yang bersih dan kotoran di wajah hilang, perlu sedikit kerajinan namun hasilnya sangat puas hati.
Ini yang anda perlukan:
1. Clay mask FREEMAN (takde takpe) WATSONS
2. Oil Cleansing BIORE (sebarang jenama boleh digunakan). Penting: anda dapatkannya di Watson.
Ads
3. Bye Bye Blackhead SOMEBYME(Penting) OFFICIAL STORE
“Assalamualaikum. maaf lambat update, sis baru balik kerja. Setiap step ada dekat gambar okey just ada tiga ni sahaja, hidung anda licin, segala kotoran dekat muka habis diangkut sis dah cuba dah sebulan, alhamdulilah puas hati, atas rajin dan malas sahaja.”
First step
Apply clay mask di muka 10 minit, pakai 1-2 kali seminggu. Fungsi clay mask ni untuk angkat lebihan minyak di muka yang menyebabkan terjadinya blackhead dan whitehead serta mengelakkan kotoran di wajah. So lepas 10 minit dah boleh basuh.
Ads
Step dua (Teknik Gritting)
Then anda make sure tangann muka anda bebas air dan peluh untuk apply oil cleansing. Texture oil cleansing ini memang berminyak, tapi don’t worry tak akan buatkan kulit anda semakin berminyak.
Gritting ni anda kena buat maksimum 15 minit di wajah, gosok perlahan sampai anda rasa biji-biji halus keluar, (white dan blackhead) Biasa saya akan buat 1-2 kali seminggu. Kesan dia segala kotoran yg tersisa dalam kulit habis keluar. After that lap dengan tisu, then basuh muka dengan pencuci muka.
Step last
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan product Somebyme yang famous ini, bukan sebarang femes, tapi sumpah menjadi. After apply oil cleansing dan kemudian anda gosok perlahan di muka, lap dengan menggunakan tisu untuk tengok kotoran yang keluar dari kulit wajah yang digosok itu, dan baru basuh muka guna pencuci muka yang biasa anda gunakan.
Kemudian, lap muka dengan tisu, (jangan bagi muka basah untuk apply Somebyme ini). Ia perlu kering dan bebas dari air. Lepas itu apply Byebye Blackhead ni dekat seluruh wajah. Gosok perlahan, 2-3 minit kemudian basuh. Pastikan beli yang asli dan original.
Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah
Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk
FAEDAH GARAM BULUH UNTUK KULIT
Ia mengandungi zink yang menormalkan pengeluaran sebum
Membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat dengan berkesan
Ia terdiri daripada kromium yang melawan jangkitan kulit
Anti-keradangan
Tenanglah sistem saraf, mengurangkan tahap tekanan; menghalang pelarian bermula tekanan
KESAN PEMUTIHAN SEMULAJADI
Ia mengandungi sulfur, mineral untuk kulit yang licin
Ia mempunyai kalsium, magnesium, kalium dan mineral penting lain untuk kesihatan kulit
Makanan detoks semula jadi sejak 1300 tahun yang lalu
Merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru
Cleans Pembersihan kulit liang dalam
Mengeluarkan inframerah jauh yang menggalakkan peredaran darah dan penyembuhan kulit
GARIS PANDUAN MENYEMBUHKAN JERAWAT DENGAN GARAM BULUH
TOPENG MUKA MENYINGKIRKAN ‘BLACKHEAD’
Bahan-bahan:
1/2 paket garam buluh hk3
1 sudu teh madu garam buluh / madu liar
1 telur mentah (putih telur sahaja)
Masukkan semua ramuan ke dalam ‘shaker’. Goncangkan selama 3-5 minit. Anda akan melihat buih tebal terbentuk. Sapukan pada muka dan tunggu selama 10-15 minit.
Anda akan rasa ketegangan kulit apabila topeng mengering. Bilas dengan air. Kebanyakan bintik hitam akan dapat dikeluarkan. ‘Blackhead’ yang tertinggal memerlukan anda untuk pengelupasan lembut “secara manual”.
TOPENG JERAWAT GARAM BULUH
Campurkan 5g garam buluh HK3 dengan 100-200ml air suam untuk pembukaan liang
Bersihkan muka anda dengan pembersih muka
Sapukan garam buluh secara rata ke atas muka
Urut perlahan-lahan dengan hujung jari
Tunggu 10-15 minit
Muka anda mungkin merasakan kepedihan kerana Jukyeom/garam buluh membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat
Bilas dengan air suam diikuti air sejuk
Keringkan kulit dengan tuala muka
Sapukan toner / losyen dan pelembap seperti biasa
TOPENG KAWALAN MINYAK
Bahan-bahan:
1 paket garam buluh (anti bakteria)
1 cawan yogurt biasa (anti bakteria)
1 sudu jus limau gedang (kawalan sebum)
3 sudu minyak kelapa (anti bakteria)
Campurkan semua bahan ke pes. Guna topikal pada muka dan biarkan selama 10-15 minit. Bilas dan ikuti dengan produk penjagaan kulit biasa anda.
TOPENG PENCEGAHAN JERAWAT
Bahan-bahan:
1 paket garam buluh
50ml minyak badam (mengandungi vitamin E yang menghalang jerawat dan memperbaiki tekstur kulit)
Campurkan bahan-bahan sehingga rata. Sapukan muka dan urut di secara bulatan. Biarkan selama 10-15 minit. Bilas dan ikuti oleh produk penjagaan kulit
MANDIAN MENYAHKAN JERAWAT DI BAHAGIAN DADA, BELAKANG BADAN DAN PUNGGUNG
Letakkan 50 gram garam buluh memasak (3x panggang) ke dalam tab mandi dengan air suam. Kemudian, rendam badan anda selama 15-20 minit sama seperti anda menikmati air panas. Akibatnya, bukan sahaja mengurangkan jerawat, tetapi juga kulit yang cerah dan licin.
Sebagai tambahan, rehatkan otot dengan santai dapat meningkatkan peredaran darah. Paling penting, anda mendapat kualiti tidur yang lebih baik.
MENGURANGKAN PERUBAHAN PARUT / PIGMENTASI YANG MENDALAM
Hal ini mungkin selalu berlegar-legar dalam kepada kita semua. Mungkin ramai di antara anda sudah tahu akan hukumnya di dalam agama Islam. Tapi MASKULIN yakin ramai juga yang mungkin keliru dan ragu-ragu akan perbuatan ini.
Pada zaman sekarang sudah ramai lelaki yang mungkin lebih selesa tampil dengan kaki yang licin tanpa sebarang bulu kaki. Apatah lagi jika seseorang itu merupakan seseorang yang bulu kakinya sangat lebat hingga mendatangkan rasa tidak selesa.
Disebabkan tidak selesa atau mahu tampil dengan gaya tersendiri ramai juga memilih untuk mencukur licin bulu kaki mereka. Tapi adakah perbuatan ini dibolehkan berdasarkan hukum?
Perkara ini pernah ditanya dan dijawab dengan baik oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Agama Islam), Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
HUKUM CUKUR BULU KAKI
Menerusi jawapan yang dimuat naik di laman Twitter rasmi beliau pada 15 November 2018. Beliau memberikan penjelasan seperti berikut:
“Para ualama mengkategorikan hukum mencukur bulu-bulu yang ada pada anggota badan kepada 3 bahagian:
Bulu-bulu diperintahkan untuk mencukurnya seperti bulu kemaluan, bulu ketiak dan misai.
Bulu-bulu yang dilarang untuk mencukurnya:
Janggut (tidak haram bagi perempuan) dan menipiskan bulu kening
Bulu-bulu yang didiamkan dalam syarak seperti bulu dada, betis, paha, hidung dan yang terdapat pada lengan.
Secara kesimpulannya beliau menjelaskan, “Hukum asal mencukur bulu kaki bagi orang perempuan atau lelaki adalah harus. Ini kerana tidak terdapat arahan untuk mencukurnya serta tiada pula larangan untuk menyimpannya”.
Jawapan panjang lebar yang pernah dikongsi beliau di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan boleh dibaca di sini.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat bukan sahaja kepada anda tetapi kepada keluarga dan rakan-rakan. Sampaikanlah walau sepatah ilmu kepada sesiapa sahaja.
Jika anda ingin mencari produk penjagaan diri pada harga berpatutan dan diskaun hebat, boleh kunjungi di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setelah seharian bekerja, wajah anda pasti akan terdedah dengan debu dan sinaran matahari yang melampau bukan? Kulit muka merupakan bahagian paling penting untuk dijaga setiap hari. Jika anda seorang yang pembersih, memakai pencuci muka yang banyak bukan satu kemestian, namun anda hanya perlu memakai sejenis pencuci muka dan ia akan memberi keselesaan pada rongga kulit muka anda dan terus kelihatan bersih sepanjang masa. Ini antara beberapa pencuci muka yang bagus untuk anda:
Cetaphil Daily Facial Cleanser
Pencuci muka ini paling basic untuk lelaki dan wanita. Ia tidak mampu untuk membuatkan kulit anda cerah dan licin jika anda tidak makan makanan yang berkhasiat, namun jika anda memakai secara harian, jangan terkejut kalau satu hari nanti kulit muka anda akan lembut dan cerah!
Sunday Riley Ceramic Slip Clay Cleanser
Ia dapat membantu untuk mengecilkan pori-pori muka anda dan membersihkan wajah anda yang berminyak tu. Sesuai untuk semua jenis kulit lelaki.
Kiehl’s Since 1851 Rare Earth Deep Pore Daily Cleanser
Ia mengandungi bahan-bahan semulajadi untuk membolehkan kulit anda bernafas setelah dibersihkan dan menjadikan kulit muka anda licin dan bersih. Ramai yang mencadangkan pencuci muka ini untuk para lelaki di luar sana.
Truth On The Glow Cleansing Cloths
Kalau anda malas sangat nak cuci muka, sebab anda malas nak berhadapan dengan air. Apa kata anda cuba wet tissue ni. Balik saja dari kerja, terus gunakan tisu ini untuk membasmi kotoran degil pada wajah anda. Ia juga sangat senang untuk dibawa ke mana-mana saja. Simpan dalam bag pack anda dan jika anda ternampak wanita cantik dihapadan, lap muka anda terus dengan tisu ni untuk buang muka anda yang berkilat tu.
CaraVe Hydrating Facial Cleanser
Ini juga senang dan mudah untuk anda gunakan. Ia bagus untuk muka anda yang berminyak tu. Boleh dipakai oleh seisi keluarga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.