Nama Tyakasha dalam dunia fesyen Asia sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah kali ini TYAKASHA yang sering tampil dengan rekaan versatil, eksperimental dan lebih ‘raw’ bakal membawa jenama asal Shanghai ini ke peringkat lebih tinggi.
Kali ini TYAKASHA melakukan kolaborasi eksklusif bersama PUMA dengan menghasilkan koleksi unik diinpirasikan daripada tema space pirate.
Dengan mengambil rekaan sebuah bot space pirate diberi nama Tyakasha, label ini menghasilkan 5 karakter angkasawan hebat yang bekerjasama untuk menumpaskan raksasa dan juga lanun angkasa.
Karakter rekaan itu ialah Aka selaku kapten, Mr. Green, Handsome Boy, Oring dan Rabbit-Dragon.
Ads
Antara yang menarik dalam koleksi PUMA X TYAKASHA serba eksperimental ini ialah barisan sneakers yang ditawarkan. Ia meliputi sneakers edisi terhad daripada model RS-X, Basket, Roma dan Cali.
Setiap pasang sneakers PUMA X TYAKASHA juga menampilkan ciri-ciri unik yang berkait dengan setiap satu daripada lima karakter dicipta Tyakasha.
Ads
Selain itu, koleksi ini turut menampilkan pelbagai pakaian dengan tema sama dengan corak abstrak raksasa, lanun dan kapal selam yang digabungkan dengan logo PUMA.
Aksesori yang ditawarkan pula merangkumi daripada beg sandang, beg silang, topi dan beanie. Koleksi ini boleh didapati di pasaran sekarang di oulet PUMA terpilih di seluruh negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu aksesori yang cukup penting buat seorang lelaki ialah tali pinggang. Tak kiralah sama ada anda menggayakan seluar jeans, formal atau pun separa formal, tali pinggang harus ada meilit di pinggang kamu.
Salah satu perkara yang anda sebagai lelaki kena ingat ialah anda WAJIB memakai tali pinggang. Tak kiralah sama ada seluar itu fit betul-betul dengan pinggang anda atau tidak. Ia harus dipakai!
Fungsi tali pinggang bukan sahaja mengetatkan seluar tetapi ia lebih kepada pelengkap pakaian anda terutamanya di bahagian pinggang. Secara tak langsung ia juga manjamin faktor keselamatan agar seluar tak terlondeh.
Jadi bagaimana untuk anda pilih tali pinggang dengan betul Ikuti perkongsian dari MASKULIN di bawah.
SAIZ & KESESUAIAN
Sebelum beli tali pinggan antara perkara paling penting anda harus ambil kira ialah kesesuaian tali pinggang untuk digayakan serta saiz tali lilitan.
PILIH YANG SESUAI
Seperti mana anda tahu tali pinggang ialah aksesori yang digayakan ke majlis rasmi mahupun santai. Ada tali pinggang yang sesuai untuk seluar denim, corduroy mahupun khaki bergantung kepada jenis rekaan tali pinggang itu sendiri.
UKURAN DI PASARAN
Tali pinggang ada pelbagai jenis saiz yang sesuai dengan ukur lilit pinggang anda. Tapi kebiasaannya tali pinggang menyamai saiz seluar iaitu 28 inci, 30 inci, 32 inci, 34 inci hinggalah lebih 50 inci.
Sebagai contoh, andai saiz pinggang anda adalah 32 inci, pilihan terbaik untuk tali pinggang ialah bersaiz 36 hingga 40 inci.
UNTUK FORMAL
Tidak bermakna mahal dan berjenama mewah sesuai untuk digayakan ke semua acara. Untuk acara formal, ideal memilih lebar tali satu hingga satu setengah inci. Bagi kategori kasual, pilihan tidak terhad.
PADANAN WARNA KASUT
Pastikan tali pinggang tidak terlalu berbeza dengan pilihan kasut mahupun sandal. Penampilan akan lebih terserlah andai bijak menyuai padan warna dan rekaan antara tali pinggang dan kasut.
JUMLAH LUBANG
Jumlah lubang pada tali harus sesuai dengan lilitan pinggang. Jangan terlalu banyak tebuk hingga mencacatkan penampilan secara keseluruhan.
GANCU SESUAI
Pemilihan gancu tali pinggang penting bagi mencerminkan keseluruhan gaya berfesyen. Jangan terlalu ghairah pada reka bentuk gancu tali pinggang hingga menjejaskan penampilan. Untuk ke acara kasual, orientasi gaya tidak terbatas. Bagaimanapun, hati-hati memilih gancu untuk disesuaikan pakaian ke acara formal.
BAHAN TALI
Kalau ingin membeli tali pinggang ke pejabat, pilihlah daripada bahan berasaskan kulit, material berkilat dan bermutu tinggi. Bagi acara lebih santai, pilih saja bahan daripada kanvas, getah mahupun PVC.
RUJUK TREND
Sebelum beli tali pinggang adalah baik juga anda semak fesyen tali pinggang di gayakan selebriti dan moden sebagai panduan sebelum memilih untuk membeli tali pinggang. Barulah anda sentiasa up-to-date dengan trend semasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak kira lelaki atau wanita, pemilihan warna rambut ash grey ini semakin menjadi kegemaran masyarakat, terutama mereka yang mementingkan penampilan dan gaya terkini.
Malah, warna ini juga sesuai untuk kulit orang Asia.
Jimin BTS dalam warna rambut Ash Grey
Walaupun warna kelabu asa ini tampak biasa, tetapi ia memerlukan penjagaan yang teliti untuk mengekalkan gaya elegan tersebut dalam jangka masa panjang. Tidak hairanlah, kos pewarnaan mengikut panjang rambut boleh mencecah hingga RM1,000.
Bagi yang tertanya-tanya cara penjagaannya, boleh cuba beberapa tip daripada pempengaruh media sosial, Azfar Heri yang menggunakan gaya balayage atau teknik pewarnaan rambut yang mengutamakan highlight secara vertikal.
1. Kos penjagaannya agak tinggi kerana anda perlu menggunakan syampu berwarna ungu.
2. Syampu pula perlu jenis melembabkan supaya rambut tidak kering dan kejung.
3. Anda yang ingin menggayakan warna ini perlu rajinkan diri melakukan treatment berkaitan.
4. Paling penting, oleskan minyak rambut sebelum tidur dan selepas bagun pagi.
5. Warna ash grey ini mudah untuk luntur sekiranya anda kerap mencuci dengan syampu, oleh itu sebelum mewarnakannya, dapatkan pandangan daripada pakar atau minta hair stylist gelapkan sikit warnanya.
6. Jangan lupa untuk melakukan penambahan warna dalam tempoh dua atau tiga bulan sekali. Kos dianggarkan adalah lebih RM400.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mendapat sambutan hangat ketika mengeluarkan koleksi New Generation Charm Club awal tahun ini, THOMAS SABO kembali dengan 48 lagi rekaan menarik khas untuk anda yang ingin memperagakan aksesori ke satu fasa yang berbeza. Didatangkan dengan pelbagai saiz, material yang digunakan serta jenis simbol yang menarik minat anda, membuatkan penggemar aksesori menikmati keselesaan disamping tampak menawan dalam apa jua jenis majlis.
Antara koleksi yang mendapat perhatian umum adalah koleksi The Large Coin Charms yang diilhamkan daripada duit syiling zaman dahulu diselitkan juga dengan elemen ganas sesuai buat menreka yang gemar menggayakan fesyen pelik-pelik.
Autumn/ Winter Collection kali ini memilih elemen ganas menampakkan si pemakai seolah-olah memberontak namun masih tampak elegen tanpa perlu berpura-pura di hadapan orang ramai. Rebel Chains dan Desert Sky turut menjadi antara koleksi kali ini yang menampilkan rekaan simple buat lelaki yang 100% diperbuat daripada Silver, manjadikan lelaki kelihatan lebih segak dan bergaya walaupun hanya mengenakan t-shirt dan seluar denim. Corak rekaan yang simple namun modern ini menjadikan lelaki Maskulin di luar sana ingin memilikinya.
THOMAS SABO merupakan salah satu syarikat barang kemas, jam tangan, dan pusat kecantikan yang menawarkan pelbagai koleksi buat lelaki dan wanita. Ditubuhkan pada tahun 1984 THOMAS SABO mempunyai lebih dari 300 buah butik cawangan di seluruh dunia dengan lebih daripada 1860 orang pekerja. Syarikat terkemuka ini juga berkolaborasi dengan syarikat penerbangan dan kapal laut di seluruh dunia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.