Kedua-dua nama ini merupakan gergasi di dalam bidang masing-masing. Siapa tidak kenal dengan Lewis Hamilton, juara dunia 5 kali Formula 1. Manakala Tommy Hifiger pula merupakan figura dan jenama fesyen terkenal.
Apabila bergabung pastinya hasil yang cukup sensasi. Itulah yang diserlahkan menerusi koleksio Tommy x Lewis, kolaborasi antara Tommy Hilfiger dan Lewis Hamilton.
Koleksi yang dilancarkan di Milan beberapa hari yang lalu mendapat liputan yang cukup meluas daripada pelbagai media dan ia juga menjadi bahan bualan utama penggemar fesyen global.
Ads
Lewis Hamilton bersama Tommy Hilfiger di majlis pelancaran koleksi eksklusif Tommy x Lewis.
Menurut Lewis Hamilton, koleksi Tommy x Lewis pada musim luruh ini memaparkan pertembungan dua dunia berbeza – sentuhan gaya fesyen klasik Amerika dari Tommy Hilfiger dengan gaya streetwear mewah.
GABUNGAN ELEMEN MODEN STREETWEAR
“Gabungan dua elemen dari dua dunia berbeza ini menjadi titik kreatif utama dihasilkan menerusi koleksi ini. Kerjasama ini merupakan sebuah lagi projek yang cukup mengujakan dan ia tambah gemilang dengan pelancaran di kota fesyen seperti Milan,” jelas Lewis Hamilton.
Ads
Lewis Hamilton, Tommy Hilfiger dan Pusha-T, rapper yang membuat persembahan di majlisp elancarannya.
Seperti mana yang kita tahu, Milan merupakan kota yang cukup sinonim dengan fesyen high end. Pengaruh seni bina serta sejarahnya yang sangat kaya dengan pelbagai aktiviti seni moden menjadikan Milan sebagai pilihan tepat pelancaran koleksi istimewa ini.
Antara koleksi yang diperkenalkan di Milan pada kali ini.
Sebanyak 49 item utama diperkenalkan meliputi jaket denim, hoodie, jenas, but, kemeja, beanie, parka dan juga topi ditawarkan kepada peminat jenama ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tali leheradalahsehelaikainyangpanjangyangdipakaiuntuk tujuan hiasandi leher apabila mengenakan kemeja berlengan panjang.Kebiasaannya, lelaki memakaitali lehersebagaisebahagian daripadapakaian kerjaatau untuk pakaianformal.
Tali leherjugabolehdipakaisebagaisebahagian daripadapakaian seragamsepertitentera,sekolahdanpelayan restoran.
Walau bagaimanapun, selari dengan trend semasa, pemakaian tali lehertelah menjadi semakin trendy dan sebagai item santai yang diikat longgar di sekitar leher dan biasanya tidak diketatkan.
Walaubagaimanapun, ada beberapa tip ringkas yang biasanya di ambil kira andai kata mahu mengenakan tali leher untuk ketempat kerja.
Tip ini cuma boleh digunapakai untuk pemakaian secara biasa/tradisional tanpa mengira situasi bergaya secara trendy.
Tali leher amatlah sesuai untuk dipakai bersama kemeja berlengan panjang.
Hujung tali leher (yang bersegi tiga) haruslah menyentuh kepala tali leher. Maksudnya, ikatan tali leher itu tidaklah terlalu panjang dan tidaklah terlalu pendek.
Warna tali leher mestilah contrast daripada warna kemeja anda, walaubagaimanapun, warna tersebut mestilah saling melengkapi. Contoh kalau kemeja berwarna hitam, tidak perlulah memakai tali leher berwarna putih, mungkin warna silver sesuai, atau warna yang sedikit gelap.
Sekiranya andai memakai kot, disarankan agar pin tali leher digunakan dan kedudukannya adalah di tengah tengah tali leher. (Pin tali leher banyak kategori seperti tie bar, collar bar dan juga tie pin sendiri.)
Bagaimana memilih tali leher?
Perkara pertama yang harus diambil kira apabila membeli tali leher adalah memilih atau mencari tali leher yang panjang supaya ia kelihatan kemas apabila dipakai.
Panjang tali leher seharusnya lebih kurang 55 inci dan lebar kepalanya haruslah lebih kurang 1 1/2 inci.
Fabrik yang terbaik bagi tali leher adalah dari buatan silk, diikuti dengan polyester, polyester campuran dengan silk dan wool atau cotton.
Selamat memilih tali leher dan selamat memakai tali leher ke kelas atau ke tempat kerja!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sering kali kita mendengar perbahasan mengenai aurat wanita. Namun mungkin sedikit atau jarang sekali kita mendengar pembahasan aurat para lelaki. Bagaimana pula, dengan lelaki yang kini semakin rancak memakai seluar ketat, seluar pendek hingga menampakkan lutut atau seluar senaman hingga timbul urat yang 1?
Jom kita kongsikan perkongsian daripada saudara Zul Hafiz Yahya di laman facebooknya
” Bagaimana lelaki yang memakai seluar nipis? atau cawat londeh menampakkan jenama seluar dalamnya?
Mari berpakaian dengan Ilmu berpandukan pencipta kita dan insan yang kita kata kita berimankan beliau sebagai rasul dan pesuruhNya, bukan ikut-ikutan. Sesungguhnya mengenai hukum memakai seluar
Hukumnya ialah harus dan mengenai masalah aurat maka perlulah ditegaskan beberapa perkara :
Harus memakai seluar selagi tidak menampakkan bentuk badan lelaki yang wajib dilindungi (dari pusat sehingga ke lutut).
Dimaksudkan terlindung auratnya ialah tidak menampakkan kembungnya zakarnya (khasnya dibahagian zip), tidak menampakkan bentuk punggungnya (besar atau kecilkah punggungnya tidak dapat lihat) dan juga tidak menampakkan pahanya (apakah pahanya itu kokoh atau lembik). Sekiranya seluar yang dipakai itu menampakkan aurat dan bentuknya contohnya menampakkan bentuk zakar yang mengeras maka hukumnya ialah haram.
Harus memakai seluar dengan syarat ianya dipakai bukanlah untuk meniru kuffar atau pelakon atau mana-mana individu dan jauh dari berbangga dengan jenama atau sebagainya.
Ini berdalilkan kepada hadith dari Ibn Abbas ra yang menyebut baginda nabi pernah bersabda : “ Barangsiapa yang tidak mendapati kain maka hendaklah dia memakai seluar” (hadith sahih diriwayatkan oelh Bukhari no. 5804 dan Ibn majah dan lain-lain).
Hadith di atas menjelaskan keharusan memakai seluar dan hukumnya bagaimanapun tetap tertakluk kepada penjagaan batas-batas syariat.
Mengenai masalah Isbal (melabuhkan pakaian)
Hukumnya ialah harus melabuhkan pakaian jika ianya dilakukan bukan dan tanpa kerana untuk bongkak atau untuk fesyen.
Ini berdalilkan kepada hadith dari Musa ibn Uqbah dari Salim dari bapanya yang menyebut bahawa baginda rasul bersabda : “Barangsiapa yang memakai pakaian dengan bongkak (sombong) maka Allah tidak akan melihat kepadanya di hari kiamat”lalu Abu Bakar pun bertanya kepada baginda : Wahai rasulullah sesungguhnya aku ini berpakaian labuh melebihi mata kaki kerana pakaianku longgar apakah aku termasuk dikalangan mereka yang dijanjikan azab ? Maka dijawab oleh baginda : “ Sesungguhnya engkau bukanlah dari kalangan mereka yang membuatnya kerana bongkak (sombong)” (hadith sahih, riwayat Nasaie no. 5335 dan lain-lain).
Hadith-hadith sekitar isbal semuanya menjanjikan azab dengan adanya syarat “خيلاء” iaitu sombong atau bongkak. Lalu ianya dikhususkan dengan wujudnya pembolehan melakukannya dengan tiadanya syarat sombong atau bongkak ini dan disebabkan maslahat seperti halnya perbuatan Abu Bakar as-Sidiq ra.
Namun jika dilabuhkan pakaian baik seluar atau kain atau apa-apa lantaran merasa riya dan seronok seluarnya itu labuh kerana merasa lawa dan cantik maka hukumnya ialah haram.
Ini jelas dilarang dalam islam bahkan nabi menyebut : “ Allah tidak akan memandang mereka yang memakai pakaiannya dengan bongkak” ( hadith sahih riwayat bukhari no. 5783 dan Muslim).
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama fesyen kini dilihat lebih terbuka dalam melakukan ekspresi gaya yang lebih moden dan terbuka. Sejak kebelakangan ini semakin banyak jenama fesyen popular melakukan kolaborasi dengan judul-judul filem, siri TV dan tidak kurang juga animasi.
Terbaru, jenama denim terkemuka Levi’s mengumumkan kolaborasinya dengan siri animasi popular yang cukup ikonik, ‘Felix’. Hadir dengan karakter kucing berwarna hitam dan putih, bermata besar serta diiringi senyuman lebar, Felix the Cat merupakan antara watak animasi paling terkenal dalam sejarah filem dan TV.
Justeru bagi himpunan Musim Luruh/Dingin 2021, Levi’s dan and Felix the Cat bergabung memberikan penghormatan kepada kisah Felix di kolej menerusi pelancaran koleksi Levi’s x Felix the Cat, dipertontonkan sebagai Felix the Graduate – yang disuntik gaya baru dalam watak klasik kegemaran dunia ini.
Hasil inspirasi siri TV-nya pada era 1950-an dan ’60-an, koleksi ini meneroka idea Felix ketika berada di kolej. Felix the Graduate menampilkan kucing ikonik itu mengembalikan semula memori di Universiti Felix, dengan mengenakan helaian kontemporari pada rekaan klasik serta gaya varsity antaranya baju panas, kemeja ragbi, hoodie, jaket, seluar dan kemeja-T.
KEMAS & TRENDY
Koleksi ini juga mempersembahkan pertembungan antara penampilan kemas dengan stail jalanan ’90-an, sekali gus menzahirkan gabungan koleksi terbaik masa lalu dan zaman sekarang yang disemarakkan dengan pengaruh budaya pop.
“Kami inginkan kolaborasi bersama Felix yang sama sekali tidak dijangka oleh semua orang. lalu kami tampilkan konsep Felix the Graduate, dengan menunjukkan penampilan Felix sebagai pelajar kolej. Gaya preppy dan varsiti nyata relevan ketika ini dan kami suka dengan penampilan segak juga kemas, namun masih tampak ringkas serta santai.
“Sememangnya ada sedikit cetusan gaya lucu dan nakal pada koleksi ini, yang sememangnya amat sesuai dengan Felix. Kami seronok menghasilkan koleksi ini dengan pelbagai elemen kolej dan menjadikannya lebih segar serta moden, di samping menggabungkan imej ikonik dari arkib Felix.” jelas Ketua Pegawai Produk Levi’s, Karyn Hillman.
PENAMPILAN VARSITI
Rekaan dengan dengan idea lebih segar pada gaya klasik Levi’s, koleksi ini turut merangkumi Levi’s x Felix Pleated High Loose untuk wanita, iaitu seluar denim ringan hanya seberat 10-auns yang berdasarkan seluar Levi’s Balloon 1920-an, menyerlahkan potongan lebar dan longgar dengan lipatan di bahagian tengah. Untuk lelaki, versi seakan sama disediakan, dikenali Levi’s x Felix Pleated Pant untuk penampilan varsiti.
“Felix the Cat mempunyai caché tersendiri yang tidak ditelan zaman,” ujar Marc Low, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Gaya Hidup Global, Universal Brand Development. Dia dilihat secara meluas sebagai ikon budaya pop juga anti-hero, yang menarik perhatian generasi muda yang mungkin tidak tahu dengan akar umbi kartunnya, namun mengenalinya menerusi aliran fesyen yang dibawanya.
“Kolaborasi Levi’s x Felix ini memanfaatkan sepenuhnya unsur nakal Felix menerusi koleksi penuh gaya yang membayangkannya semula sebagai ikon fesyen bagi golongan pelajar kolej.”
Setiap elemen dalam koleksi ini mengambil ilham bukan sahaja daripada grafik arkib Felix, malah daripada elemen klasik kolej. Kemeja berkolar separuh-separuh Levi’s x Felix Rugby Shirt menampilkan jaluran ragbi pada satu bahagian sementara sulaman grafik Felix pada bahagian sebelahnya.
Turut disediakan himpunan hoodie yang bukan sahaja menampilkan grafik Felix gaya varsity, malah label lokar gymnasium pada bahagian hujung bajunya.
Sundries tidak ketinggalan diberikan penampilan kolej, iaitu pada tampalan belakang Levi’s x Felix, yang menonjolkan grafik kucing ikonik itu bersama label Two Horse Levis dengan kemasan timbul dalam rona emas pada latar hijau gelap atau merah tua, bagi mencerminkan penampilan buku tahunan kolej lama.
Para peminat juga pastinya perasan atau mengambil perhatian kepada panji-panji penghormatan Felix University, selain grafik tampalan di bahagian belakang seluar di beberapa helaian terpilih.
Berharga antara RM119 ke RM379, koleksi Levi’s x Felix The Cat ini boleh dibeli melalui levi.com.my dan butik Levi’s terpilih seluruh negara mulai 24 September 2021.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.