Rambut anda semakin kusut dan tidak terurus. Usah risau kerana anda masih ada harapan untuk kembalikan rambut lebat dan sihat.
Mungkin ada yang beranggapan dengan duit boleh beli segalanya termasuklah rambut yang cantik. Ya, ada benarnya tapi itu bukan tiket untuk buat anda putus asa dan terus membiarkan rambut tak terurus.
Tahukah anda apakah rahsia bintang Hollywood menjaga rambut mereka sentiasa nampak kemas, sihat dan bersinar? Jom ikuti 15 rahsia tip penjagaan rambut mereka di bawah!
JANGAN TERLALU KERAP BASUH
Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja. Barulah rambut lebat!
KERINGKAN DENGAN BAIK
Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.
SIKAT RAMBUT DENGAN BAIK
Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.
GUNA TELUR
Ya, telur ada banyak khasiat seperti protein dan mineral. Sekali-sekala anda boleh gunakan kuning telur sebagai perapi semula jadi untuk rambut lebat. Biarkan ia menyerap masuk ke bahagian liang folikel rambut anda.
Ads
JAUHI KLORIN!
Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.
GUNA PRODUK BERPADA-PADA
Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.
SYAMPU BERFORMULA KHAS
Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.
Ads
BASUH TAPI JANGAN ULANG
Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.
KURANGKAN SUHU
Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.
SELALU TRIM RAMBUT
Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.
MANDIAN SEJUK
Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
Ads
ELAK WARNA
Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.
ALAT YANG BETUL
Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.
TOPI KETAT
Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.
PEMAKANAN YANG SIHAT
Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.
Selamat mencuba!
Dapatkan produk penjagaan rambut pada harga menarik di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dikenali dengan nama uban di kalangan masyarakat kita, rambut putih ini sebenarnya adalah satu perkara normal. Majoriti akan melaluinya cuma berbeza cepat atau lambat sahaja.
Ada yang sudah mula tumbuh uban pada usia seawal 30-an dan ada juga sampai usia hampir 50-an pun masih belum ada.
Rambut putih ini sebenarnya adalah peringatan dari tubuh badan sendiri mengingatkan kita bahawa usia sudah semakin lanjut. Jadi anda lelaki di luar sana usah fikir uban itu adalah satu perkara yang buru atau tidak elok.
Kita harus menerimanya dengan hati terbuka. Own it!
Dan tahukah anda bahawa ramai wanita menganggap lelaki rambut beruban sangat seksi dan kacak di mata mereka?
Tak percaya, lihat fakta di bawah!
WARNA YANG MENARIK
Ini diakui ramai. Lelaki beruban yang tampil secara semula jadi dengan warna sebegitu tampil berbeza dengan lelaki lain.
LEBIH SOFISTIKATED
Lelaki beruban mempunyai penampilan yang lebih sofistikated dan sangat matang. Malah orang sekeliling akan melayan mereka dengan lebih serius.
JADI IKUTAN FESYEN
Tahukah anda warna kelabu seperti uban telah menjadi trend warna rambut yang sangat popular. Bagi anda ia muncul secara semula jadi!
Lelaki beruban juga akan nampak lebih rugged dan ‘jantan; berbanding penampilannya yang dahulu. Lihat sahaja aktor lelaki Hollywood yang sudah beruban, memang nampak sangat rugged.
BERKEYAKINAN
Pernah lihat James Bond? Kebanyakan aktor melakonkan watak ini adalah lelaki yang mempunyai uban. Lelaki beruban mampu menenangkan sebarang situasi kerana penampilannya yang sangat matang.
Semoga anda terus macho dan steady!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi content menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rambut bukan sekadar helai-helai di atas kepala, ia adalah simbol identiti dan gaya.
Gaya rambut boleh mencerminkan personaliti seseorang, sama ada kasual, formal atau berani.
Contohnya, gaya rambut pendek yang kemas sering dikaitkan dengan penampilan profesional, manakala rambut panjang atau berombak memberi imej yang lebih santai dan artistik.
Dalam budaya popular, kita dapat melihat bagaimana gaya rambut menjadi elemen penting bagi selebriti lelaki.
Foto : Pinterest
David Beckham, misalnya, dikenali dengan pelbagai gaya rambutnya yang menjadi ikutan ramai.
Ini menunjukkan bahawa rambut boleh menjadi satu bentuk ekspresi diri yang kuat.
Pengaruh Rambut Terhadap Keyakinan Diri
Rambut yang sihat dan terurus boleh meningkatkan keyakinan diri seorang lelaki.
Rambut yang kusam atau gugur, sebaliknya, boleh menjejaskan imej diri.
Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mengalami keguguran rambut sering merasa kurang yakin, terutama ketika berhadapan dengan situasi sosial atau profesional.
Oleh itu, menjaga rambut bukan sahaja soal estetika tetapi juga kesihatan mental.
Penjagaan yang betul boleh membantu mengurangkan masalah seperti kelemumur, keguguran rambut dan kulit kepala berminyak.
Foto : PngTree
Tip Penjagaan Rambut Untuk Lelaki
Cuci Rambut Secara Berkala. Gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda. Jangan terlalu kerap mencuci rambut kerana ini boleh menghilangkan minyak semula jadi yang penting untuk kesihatan rambut.
Elakkan Penggunaan Produk Berlebihan. Gel, lilin, dan produk penggayaan lain boleh merosakkan rambut jika digunakan secara berlebihan. Pilih produk yang berkualiti dan gunakan dengan sederhana.
Jaga Pemakanan. Rambut yang sihat bermula dari dalam. Pastikan diet anda kaya dengan protein, zat besi, dan vitamin seperti biotin untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Lindungi Rambut dari Kerosakan. Elakkan penggunaan alat panas seperti pengering rambut atau pelurus secara berlebihan. Jika perlu, gunakan pelindung haba untuk melindungi rambut anda.
Kunjungi Pakar Rambut. Jika anda menghadapi masalah rambut seperti keguguran atau kelemumur, jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan pakar dermatologi atau trichologist.
Wajah kacak Haqiem Rusli ketika ini dikatakan semakin menjadi-jadi terutamanya menerusi penampilan baharunya, wajahnya kelihatan semakin bersih dan flawless.
Sebelum ini, rata-rata peminat penyanyi ini tahu yang Haqiem Rusli memiliki masalah jerawat serta kulit muka.
Banyak cara yang telah digunakan namun masih belum memberikan hasil dan peminat terus memberikan pelbagai sokongan moral terhadapnya.
Ibu saudara bagi petua
Namun menerusi temubual dengan agensi media tempatan baru-baru ini, Haqiem Rusli mendedahkan wajahnya semakin bersih dan ‘flawless’ adalah disebabkan ibu saudaranya.
Ibu saudaranya mencadangkan kepada Haqiem Rusli untuk menggunakan petua tradisional untuk merawat masalah tersebut.
Guna air daun sireh
Antara kaedah yang Haqiem Rusli lakukan adalah dengan menggunakan air daun sireh seperti yang dicadangkan ibu saudaranya.
Kesannya Alhamdulillah, wajah Haqiem Rusli semakin baik dan tidak memerlukan kos rawatan yang sangat mahal.
Tolak bahan kimia
Tegas Haqiem Rusli, dia tidak menggunakan produk wajah yang ada campuran bahan kimia.
Antara faktornya, penyanyi muda ini takut sekiranya produk tersebut tidak sesuai dengan kulitnya, ia boleh memberikan kesan yang lebih mudarat.
Khasiat daun sirih
Seperti diketahui umum, khasiat yang terdapat dalam daun sirih sememangnya tidak boleh diragukan lagi sejak zaman-berzaman.
Daun sirih bukan sahaja memiliki pelbagai kandungan penting seperti pelembab semulajadi, mineral serta vitamin malah ia bersifat antioksidan dan juga antiseptik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.