Apabila sudah terbiasa melakukan larian, kita tidak akan dapat lari daripada merasai keterujaan. Setiap hari pasti akan rasa tidak sabar untuk berlari dan mencatatkan masa lebih baik dari sebelumnya. Namun tahukah anda ada banyak jenis kesalahan larian?
Itulah yang boleh dikatakan anda sebenarnya sudah mula menjadikan larian sebagai rutin harian yang harus dilakukan. Namun ramai orang melakukan kesilapan akibat terlalu teruja hingga boleh menyebabkan kecederaan yang teruk.
Pengalaman dalam melakukan larian merupakan aspek penting untuk membuatkan larian anda konsisten dan baik. Akan tetapi bagi yang masih baru mungkin keterujaan itu melebihi segala.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa kesalahan utama yang dilakukan oleh pelari hingga mereka rasa mudah penat atau berdepan kecederaan.
1. BERLARI TERLALU BANYAK
Pertama sekali usahlah terlalu obses ingin mencapai sasaran jarak yang kadangkala tak masuk akal. Berlari merupakan aktiviti berimpak tinggi dan boleh menyebabkan badan menjadi penat dan kejang otot.
Tidak salah untuk berlari dalam jarak yang jauh cuma perlu dilakukan dalam jadual yang sesuai dengan ketahanan diri. Jarakkan larian jarak jauh diselang-selikan dengan larian revovery. Bina ketahanan diri sedikit demi sedikit agar badan anda lebih bersedia untuk berdepan cabaran larian jarak jauh.
Ads
2. OBSES DENGAN PACE
Bila sudah lama aktif berlari setiap orang pasti ingin meningkatkan kualiti larian. Dan ia tidak lain tidak bukan dengan memperbaiki kadar pace larian dengan lebih baik.
Penggunaan peranti GPS dan jam pintar kini membuatkan semakin ramai yang obses dengan pace. Apatah lagi bila dikongsi ke laman media sosial. Kelajuan itu akan datang secara semula jadi dan tidak perlu dipaksa hingga boleh datangkan kecederaan.
Ads
3. BERLATIH TERLALU KERAS
Sehari selepas melakukan ,larian jarak jauh anda perlu masa untuk recover. Lakukan larian recovery pada jarak sederhana atau singkat bagi memberikan masa badan untuk pulih. Semakin jauh jarak larian semakin lama jugalah tempoh recovery.
Ingat, jangan paksa diri untuk melakukan larian jarak jauh dalam selang masa yang dekat.
4. KEKEJANGAN OTOT DEMI LARIAN
Pencapaian hebat tidak akan dapat dalam sekelip mata. Memaksa diri untuk mencapai sasaran tak realistik hanya merugikan anda sahaja. Sebagai contoh jika anda seorang beginner dan ingin menyertai maraton dengan berlatih dalam masa 6 minggu sahaja, ia hanya mengundang masalah.
Ads
Persedian yang baik perlu dilakukan tanpa memaksa diri dan bagi mengelakkan berlakunya kekejangan otot dan kecederaan serius. Jika anda beginner berikan tempoh selama beberapa bulan sebelum menyahut cabaran menyertai maraton.
5. SERTAI PROGRAM SALAH
Seperti MASKULIN katakan setiap orang mempunyai kemampuan fizikal tersendiri. Tidak salah untuk menyertai mana-mana program larian atau latihan asalkan ia tidak membebankan fizikal anda.
Usah terlalu terikut-ikut dengan trend larian berkumpulan yang mungkin tidak sesuai dengan anda. Hasilkan rutin larian yang selesa dan tidak membebankan. Dapatkan nasihat daripada sesonal runner yang mempunyai pengalaman.
Dapatkan kasut larian berkualiti dan pada harga hebat di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penyakit resdung atau sinusitis adalah masalah yang lazim di seluruh dunia. Di Malaysia dianggarkan 60-65 peratus penduduk mengalami resdung.
Antara faktor yang menjadi penyumbang adalah dari segi iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya. Kita seharusnya lebih peka dengan keadaan kesihatan serta perubahan pada badan diri sendiri.
Berikut adalah beberapa petanda anda sudah mula diserang penyakit resdung namun ia sering diabaikan kerana mungkin merasakan ia adalah tindak balas normal badan.
Tidak kira masa dan keadaan, hidung anda tidak henti-henti mengalir dari pagi hingga ke malam. Kejadian ini akan menyebabkan anda sukar untuk tidur dengan lena. Jika anda kurang peka dengan keadaan kesihatan sendiri, ia akan berlarutan hingga anda betul-betul jatuh sakit.
2. Gatal pada kelopak mata
Ia bukan gatal biasa. Kegatalan yang dimaksudkan adalah anda akan menggosok mata hingga terdapat kemerahan pada kelopak mata.
3. Nafas & mulut berbau
Kebiasaannya, bagi penghidap resdung nafas & mulut sedikit berbau. Walaupun anda sudah membersihkan mulut dengan memberus gigi atau berkumur guna mouthwash, bau busuk masih ada di mulut anda hingga menganggu orang lain.
4. Batuk yang teruk pada waktu malam
Ada kalanya ia boleh menyebabkan pesakit rasa seperti sukar bernafas kerana ruang hidung tersumbat disebabkan selsema atau dalam hidung yang membengkak. Ia juga akan memberikan kesan kepada tekak anda akibat resdung yang mengeluarkan lendir yang begitu banyak. Akhirnya anda akan batuk dengan teruk pada waktu malam.
Antara tanda lain resdung adalah kerap kali bersin terutamanya ketika waktu pagi ataupun keadaan persekitaran yang sejuk. Teruknya bersin anda hingga membuatkan hidung warna kemerahan.
6. Hilang deria bau
Anda tidak dapat mengenalpasti sesuatu bau dengan baik. Di peringkat ini anda sudah memasuki fasa resdung yang serius dan memerlukan rawatan yang segera. Kalau tidak keadaan akan bertambah teruk jika tidak dirawat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang pasti memiliki alasan mereka yang tersendiri mengapa mereka memulakan latihan di gimnasium. Ada yang berlatih khusus untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Mungkin dengan ini mereka akan mampu untuk berlari 5 kilometer tanpa kelelahan. Atau hanya ingin mempamerkan tubuh mereka di media sosial.
Pertanyaan yang sering admin dengar dari kaum lelaki adalah bagaimana cara membesarkan otot dada dan lengan. Seringkali, lelaki berasakan bahawa otot dada dan lengan akan membuat mereka kelihatan seolah-olah lebih fit atau besar. Sayangnya, mereka salah. Situasi paling ideal untuk badan adalah untuk melatih keseluruhan tubuh dengan simetri yang baik.
Tetapi memang ada beberapa otot yang memiliki peranan yang lebih besar dalam membuat anda kelihatan agar lebih fit.
Latih otot punggung
Wanita paling menggemari otot perut kaum lelaki. Tapi sememangnya kamu sering tidak berbaju untuk mempamerkan di khalayak ramai? Misalnya, kamu selalu mempamerkan otot perut, boleh membuatkan wanita goyah imannya. Otot yang memberikan badan kita kelihatan fit adalah otot punggung atas dan sayap.
Otot-otot tersebut yang memberikan ilusi bentuk V pada badan agar kelihatan lebih bidang dan lebar. Apakah contoh latihan punggung yang bagus? Tidak ada yang boleh mengalahkan latihan Bent-Over Row. Lakukan Bent-Over Row untuk 3 hingga 5 set, menggunakan 8 sampai 12 pengulangan.
Latih otot bahu
Selain otot punggung, otot bahu juga memiliki kesan yang membuatkan anda kelihatan besar dan bidang. Ingat, otot bahu itu pada umumnya sangat susah untuk dibesarkan. Oleh disebabkan itu, sebaiknya anda melakukan 2 jenis latihan yang berbeza untuk otot bahu agar ia lebih kuat dan kelihatan lebih lebar.
Bagaimana cara untuk membuatkan otot bahu anda agar kelihatan lebih lebar? Latih otot bahu pada bahagian sisi. Otot bahu bahagian sisi samping (lateral deltoids) sebaiknya dilatih dengan Overhead Press dan Dumbbell Lateral Raises.
Jangan lupa latihan kaki
Memang otot kaki itu tidak kelihatan menarik tapi apakah anda mahu kelihatan seperti ini? Sekali lagi, badan yang berbentuk simetri sempurna itu penting dan tidak ada latihan kaki yang dianggap sebagai lebih bagus dari mengamalkan latihan barbell high bar squat.
Gunakan baju yang ukurannya sesuai untuk anda
Tidak perlu gusar dalam memikirkan jenis baju untuk anda pakai. Jika ukurannya terlalu besar atau terlalu kecil, anda tidak akan kelihatan seolah-olah fit. Memang, otot memiliki peranan yang penting dalam menunjukkan badan anda yang sihat, tetapi jika otot itu ditutupi dengan baju yang tidak muat, tiada gunanya.
Pilih baju yang sesuai dengan mengikut ukuran tubuh anda, jangan terlalu besar atau terlalu kecil.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak mustahil untuk kamu menghasilkan lengan sebegitu, tapi bukan hanya bercakap kosong dan esok sudah menjadi. Mestilah kena ada usaha dan mengambil masa. Asalkan kamu tahu caranya, ia bukanlah hal yang mustahil untuk membentuk lengan proporsional dan kekar.
Empat latihan tersebut bila dilakukan secara rutin boleh membantu anda untuk membentuk otot lenganmu agar kelihatan kekar proporsional seperti Chris Hemsworth, pelakon yang memegang watak sebagai Dewa Thor.
Oh ya, jangan lupa untuk mengambil makanan bergizi untuk mempercepatkan pembentukan otot lengan anda dan kamu melakukannya secara rutin senaman ini.
Berikut adalah empat cara bagaimana untuk anda mampu membentuk dan membesarkan otot lengan anda agar kelihatan tegap dan kekal seksi.
1. Latihan ringan arm circle
Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanyalah dengan mengangkat beban berat? Padahal kamu boleh juga berlatih arm circle sebagai latihan asas. Caranya adalah berdiri tegak dan merentangkan tangan lurus ke sisi. Setelah itu pusingkan lengan membentuk huruf o dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali mengikut empat set.
2. Lakukan push up secara rutinPush up juga adalah sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin kekar. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai. Setelah itu naikkan dan turunkan badan anda dalam posisi lurus. Jadi bukan hanya bahagian pinggul yang akan menaik dan menurun. Lakukan secara bertahap misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika sudah terbiasa.
3. Lakukan gerakan concentration curlLatihan penting lain yang perlu kamu lakukan adalah concentration curl. Tentu anda ingin tahu bukan? Concentration curl adalah latihan angkat beban. Caranya kamu duduk dan merentangkan kaki. Setelah itu lengan diletakkan di depan paha. Lalu angkat dumbell yang ada di hadapan anda. Untuk lebih jelas, kamu boleh melihat gerakannya di Youtube.
4. Lakukan pull up dengan betul Satu lagi bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah kamu bergantung pada palang datar. Tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Setelah itu angkat tubuh ke atas hingga dada lurus palang yang anda pegang. Latihan ini agak berat. Untuk latihan awal, lakukan 5 kali dulu. Tapi bila sudah biasa teruskan hingga 10 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.