Melakukan senaman secara konsisten sememangnya penting bukan sahaja untuk membakar lemak tetapi boleh merealisasikan impian anda untuk memiliki bentuk badan ideal.
Google sahaja kebaikan bersenam, nyata terlalu banyak manfaat yang boleh anda dapat terutamanya untuk tubuh badan dan kesihatan diri.
Jangan jadikan alasan untuk tidak bersenam dan mengeluarkan peluh disebabkan anda tiada peralatan ataupun tidak ke gimnasium.
Ini kerana terlalu banyak jenis senaman mudah yang boleh anda lakukan di rumah dan dalam masa sama, manfaatnya juga setanding anda bersenam di gimnasium.
Selain membakar lemak, jenis-jenis senaman ini juga mempunyai pelbagai manfaat yang tubuh badan.
* Lakukan kesemua senaman ini dalam tempoh 30 saat workout dan 10 saat rehat.
Senaman ini dilakukan seolah-olah anda sedang melakukan senaman skipping atau lompat tali.
Manfaatnya:
1. Menurut Science Daily, senaman ini boleh membakar lebih banyak kalori berbanding berjoging selama 30 minit.
2. Satu kajian di Jepun menunjukkan bahawa keputusan ujian tikus makmal melompat 40 kali seminggu telah meningkatkan ketumpatan tulang selepas 24 minggu.
3. Lakukan 3-5 kali seminggu untuk 12-20 minit untuk meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular dan paru-paru.
4. Senaman ini juga dapat memperbaiki pernafasan.
2. Star Jump
Senaman ini turut dikenali dengan nama jumping jack atau lompat bintang.
Manfaatnya:
1. Star Jump adalah latihan kardio aerobik yang dapat menyihatkan otot-otot jantung.
2. Senaman ini dapat membakar banyak kalori sehingga mencipta keseimbangan energi negatif di dalam tubuh badan.
3. Saat anda melompat dan mendarat secara lembut pada waktu yang sempurna akan meningkatkan stamina dan keseimbangan tubuh badan.
4. Senaman ini juga dapat membantu menurunkan peningkatan stres.
5. Dapat mengurangkan lemak dan mengencangkan otot sehingga membentuk paha, punggung, betis, bahu dan lengan.
Ads
3. Butt Kick
Senaman jenis latihan plyometric ini dianggap sebagai latihan larian utama bagi atlet yang ingin mendapatkan prestasi yang lebih baik, kecekapan dalam kemajuan larian dan melindungi daripada kecederaan.
Manfaatnya:
1. Mengencangkan otot paha belakang dan merehatkan otot paha depan saat anda melakukan pergantian kaki (leg turnover) secara cepat.
2. Tendangan pada bahagian belakang paha dan punggung ini dapat membantu meningkatkan kelajuan kontraksi hamstring yang dapat membantu anda berlari dengan lebih cepat.
3. Efektif dalam membentuk dan menaikkan otot punggung.
4. High Knees
Asasnya, ia adalah senaman dalam posisi berlari, dengan lutut diangkat ke ketinggian pinggul pada setiap langkah. Gunakan lengan bagi memberi kekuatan tambahan untuk meningkatkan kadar intensiti.
Manfaatnya:
1. Dapat meningkatkan keupayaan dan memberi kekuatan pada otot kaki.
2. Meningkatkan stamina dan ketahanan tubuh badan.
3. Ia juga dapat menguatkan keupayaan anda untuk melompat.
4. Jika dilakukan secara konsisten, high knees akan menjadikan anda pelari yang lebih baik.
Ads
5. Cross-Over-Toe-Touches
Senaman ini juga dikenali sebagai windmills kerana badan anda menyerupai kincir angin semasa melakukan pergerakan, selain dipanggil toe touch cross-overs.
Manfaatnya:
1. Menstabilkan tubuh badan agar lebih baik.
2. Meningkatkan kekuatan teras dan memberi sokongan pada tulang belakang.
3. Memberi fungsi pada banyak otot iaitu otot bahu, punggung bahagian bawah, glute dan bahagian pinggang.
4. Membakar lebih banyak kalori.
6. Lunges (Fast)
Senaman ini dilakukan dengan satu kaki di hadapan seolah-olah anda dalam keadaan duduk, manakala sebelah kaki lagi di belakang yang hampir lurus. Tekan pada jari kaki.
Manfaatnya:
1. Mengurangkan beban (decompression) pada tulang belakang dan memberi peluang pada tulang belakang untuk ‘relax’.
2. Memberi postur tubuh yang lebih baik.
3. Meningkatkan fleksibiliti dan kelenturan bahagian pinggul.
4. Menyasarkan kebanyakan otot di bahagian bawah badan (lower body) sekali gus menguatkan bahagian kaki dan punggung.
5. Meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan berat badan dengan cepat.
7. Jump Squats
Senaman jump squats ini seakan-akan sama dengan senaman squat biasa cuma ia menggabungkan unsur kardio (lompatan) dalam satu pergerakan.
Manfaatnya:
1. Solusi untuk melancarkan peredaran darah dan membakar lemak selulit.
2. Meningkatkan metabolisme tubuh.
3. Efektif untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
4. Membantu membina otot kaki agar lebih kuat dengan mengeluarkan hormon yang menggalakkan pembinaan otot lebih baik.
5. Menggalakkan penyebaran nutrisi yang lebih baik ke seluruh badan dan melancarkan penghadaman.
Subscribe dan tonton pelbagai video-video Fitness dan gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi anda yang mempunyai bajet lebih memiliki threadmill sendiri di rumah merupakan satu kelebihan besar. Manakala bagi anda yang mempunyai keahlian gimnasium, gunakanlah sebaiknya kemudahan threadmill yang disediakan.
Melakukan larian di atas threadmill memang mudah dan menyeronokkan. Namun ia sebenarnya sedikit berbeza berbanding melakukan larian di atas trek atau pun jalan raya. Apa yang pasti aktiviti kecergasan menggunakan threadmill mampu membantu anda membakar kalori dan membina kecergasan diri dengan baik.
Tapi ada beberapa perkara perlu anda tahu untuk melakukan larian di atas trheadmill dengan efisien dan berkesan.
Berikut merupakan 6 tip penting ketika melakukan senaman treadmill.
SESUAIKAN DIRI
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.
Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan senaman tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan yang lain pula.
KESEIMBANGAN BADAN
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan keseimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan dengan perlahan.
Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan menggunakan treadmill. Ayunkan tangan berselang-seli dengan langkah kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan ini mampu untuk membakar kalori anda dengan cepat.
KADAR KELAJUAN
Kelajuan treadmill mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.
Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5-10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang ditetapkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
RUTIN HARIAN
Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
TAK PERLU LAMA
Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. Tempoh masa 20-30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman aerobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baharu sahaja memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5-10 minit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sentiasa melihat diri secara positif dan sering ingin menjadi lebih baik dalam semua aspek kehidupan. Mungkin ramai yang menilai bahawa maskulin itu diperlihatkan melalui fizikal semata-mata. Namun, sebenarnya makna maskulin itu sendiri tidak sekecil itu. Mewakili ekspresi diri dalam beberapa elemen seperti kecergasan, kesihatan, keterampilan, cara berkomunikasi dan yang paling penting adalah bagaimana kita mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan seharian. Lelaki yang mempunyai motivasi yang tinggi ternyata punya elemen ini untuk diserap menjadi lelaki yang dilihat sebagai maskulin.
MASKULIN : APA YANG MEMOTIVASIKAN ANDA UNTUK DAPATKAN BADAN SEPERTI SEKARANG?
Lahir sebagai remaja lelaki biasa yang dianggap sebagai tidak mempunyai ciri-ciri seorang lelaki yang gagah dan tampan. Pada usia saya mencecah lima belas tahun, kesedaran itu muncul. Ketika itu, fizikal saya berada pada tahap ‘ underweight’ dan pasti tidak kelihatan menarik. Ada juga di antara rakan-rakan di sekolah yang melontarkan kata-kata berbaur negatif seolah menganggap fizikal dan kekuatan saya lebih lemah berbanding wanita. Percaya bahawa hanya diri sendiri mampu mengubah keyakinan diri, maka kata-kata itu menjadi motivasi dan penguat untuk saya berusaha sehingga ke hari ini.
MASKULIN : APA CARA ANDA TERUS FIT?
Bukan mudah untuk ‘keep fit’ sepanjang masa. Namun, usaha keras adalah tunjang utama untuk mengekalkan bentuk badan dan kecergasan. Perspektif negatif harus ditolak ke tepi untuk kekal bermotivasi sepanjang hari agar kaki melangkah ke gimnasium. Bermula tanpa rujukan bersama pakar atau pun ‘trainer’, saya hanya belajar dan membuat pembacaan mengenai teknik, tip dan amalan melalui laman web. Melalui proses ini, banyak yang saya pelajari meski sering kali mengalami kecederaan ketika latihan.
MASKULIN : APA RUTIN DAN MENU YANG ANDA AMALKAN?
Sekitar jam 7.00 pagi, saya akan memulakan rutin harian dengan masak untuk sarapan pagi. Sarapan merupakan suatu kemestian untuk mengekalkan diet seimbang. Jam 8.00 pagi saya akan keluar bekerja dan disebabkan jadual kerjaya saya yang lebih fleksibel maka waktu untuk berlatih di gim juga menjadi lebih fleksibel. Akan tetapi saya tidak menggalakkan diri untuk berlatih pada waktu malam kerana waktu malam adalah masa yang terbaik untuk berehat. Kekerapan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kadar yang banyak juga membantu nutrisi saya selain turut menikmati daging dan kekacang agar seimbang.
MASKULIN : ANDA PERCAYA PADA CHEAT DAY?
Sebelum mengamalkan diet dan nutrisi, amat penting untuk mengetahui dan memahami potensi tubuh badan sendiri. Hal ini adalah penting kerana hanya diri sahaja yang dapat mengawal dan menstabilkan pengambilan makanan serta latihan agar diet akan menjadi lebih efektif. Oleh yang demikian, saya sendiri tidak terlalu mengamalkan jadual yang ketat kerana saya telah mengetahui sejauh mana tubuh badan saya dapat bekerja. Maka tidak susah jika saya teringin untuk menikmati makanan yang tinggi gula seperti kek dan minuman bergula kerana saya tahu bagaimana untuk menstabilkannya semula.
MASKULIN : INSPIRASI?
Mengambil inspirasi daripada nama besar seperti Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock, saya amat mengagumi dirinya yang berjaya di dalam arena gusti dan bekerja keras untuk mengekalkan bentuk badannya meski sibuk dengan pelbagai tugasan serta kerjaya. Menjadikannya sebagai ikon dalam mencetuskan inspirasi untuk saya juga berjaya, dia menjadi sandaran tatkala melihat gaya hidup dan pencapaian yang dimilikinya sehingga kini.
MASKULIN : BERIKAN SEDIKIT NASIHAT UNTUK MEREKA YANG BARU NAK BERJINAK-JINAK DALAM DUNIA KECERGASAN?
Penting untuk memiliki ilmu yang cukup untuk memulakan langkah diet dan berlatih di gim. Ini adalah kerana supaya latihan dan diet yang dilakukan akan lebih efektif dan optimis. Sebaiknya dapatkan khidmat nasihat dan latihan daripada jurulatih profesional kerana jika tidak proses untuk mencapai target sasaran akan memakan masa yang lama disebabkan oleh proses pembelajaran sendiri yang tidak efisien. Diet pemakanan dan latihan perlulah datang seiring agar keseimbangan dan momentum dalam mencapai tubuh badan yang fit akan konsisten. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk ‘work out’ di gim. Cukup sekadar 45 minit atau satu jam sehari dan peruntukan empat atau lima kali dalam seminggu.
Gambar : Instagram Kit Mah
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti seluruh rakyat Malaysia tak sabar rasanya menyaksikan perlawanan akhir acara bola sepak bagi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Tapi korang kenal ke dengan pemain yang di jangka bakal menjadi wira di hati rakyat Malaysia ini
Nak tahu siapakah mereka. Jangan tinggalkan artikel ini selagi anda belum tamat membacanya!
1. Haziq Nadzli (19) – Penjaga Gol
Walaupun dalam usia muda, penjaga gol utama Harimau Muda ini amat tangkas dalam mempertahankan gol Malaysia. Berusia 19 tahun, anak kelahiran Selangor ini yang kini beraksi sebagai penjaga gol pasukan JDT mempunyai form yang sangat baik dalam memainkan peranannya sebagai ball-playing keeper. Walaupun agak statik di kawasan sendiri, beliau merupakan focal point dalam membentuk build game untuk Malaysia persis gaya Ter Stegen ketika menjaga gawang untuk Barcelona.
2. Thanabalan Nadarajah (22) – Penyerang
Siapa yang tidak mengenali pemain yang berasal dari Negeri Sembilan ini? Namanya terus meniti di bibir para peminat bola sepak tempatan apabila pemain muda Felcra United ini berjaya untuk mencetak gol untuk Malaysia sekaligus membawa Malaysia ke peringkat akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Tidak perlu lagi menceritakan kehebatan dan latar belakangnya memandangkan isu-isu ini kian tular di laman sosial. Permainannya yang banyak menggunakan tandukannya berjaya menggugat pertahanan lawan dan kini beliau diangkat sebagai salah satu prospek penyerang negara.
3. Adam Nor Azlin (21) – Bek Tengah
Tak semua pemain mampu beraksi baik jika diletakkan di posisi yang berlainan dari posisi asalnya. Namun itu bukan satu alasan yang akan diberikan pemain Selangor ini. Berikan saja apa pun posisi, baik di bahagian hadapan, tengah mahupun pertahanan, pastinya susuk tubuh sasa ini akan memberi 206% komitmen. Bermain sebagai seorang pertahanan ‘sweeper’ memberi sedikit kelebihan kepada beliau dan pasukan baik dari segi pertahanan mahupun menyerang. Penulis tidak boleh menolak fakta yang kadang-kadang beliau gemar untuk ‘ball watching’ dan agak ‘fancy’. Diharapkan beliau mampu perbaiki dari aspek ‘marking’ dan ‘awareness’ memandangkan pemain Thailand sangat licik.
4. Matthew Davies (22) – Bek Sayap
Terkenal dengan panggilan Matt Davies, Matthew Thomas Davies merupakan satu-satunya pemain Malaysia berdarah kacukan Australia-Malaysia. Anak jati Perth, Australia ini yang memulakan kareernya di Perth Glory dan kini bermain secara professional di Pahang FA. Bermain di posisi sayap kanan bertahan atau right wing back untuk pasukan Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee dalam Sukan SEA edisi kali ini.
5. Nor Azam Azih (22) – Pemain Tengah
Siapa yang tak kenal Azam Azih? Pemain bertubuh kecil tapi mempunyai jiwa yang besar ini umpama jentera penting di padang membantu pasukan Malaysia memperoleh rentak taktikal dalam padang. Mohd Nor Azam bin Azih, merupakan pemain Malaysia yang beraksi sebagai attacking midfielder, merupakan anak kelahiran Pahang dan kini bermain sebagai pemain penting untuk pasukan Pahang FA dan Malaysia.
6. Safawi Rasid (20) – Penyerang
Penyerang skuad bawah 22 (B-22) negara, Muhd Safawi Rasid merupakan satu watak penting bagi membantu pasukan Malaysia mara ke perlawanan akhir Sukan SEA edisi ke-29 kali ini. Menentang pasukan Thailand merupakan satu tugas berat untuk beliau memastikan strategi serangan berjaya dilaksanakan. Sepanjang kemunculan beliau di Sukan Sea ke -29 ini, beliau berjaya menjaringkan dua gol dan melakukan tiga bantuan gol.
Sumber : The sukan.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.