Jangan terlalu yakin ya jika anda tiada masalah berat badan dan kurus. Anda makan banyak tetapi maintain kurus? Okay, walaupun anda memang kurus namun sebenarnya masih ada lemak yang bersembunyi di organ penting seperti jantung, hati dan ginjal. Situasi ini dikenali sebagai TOFI. “Thin Outside, Fat Inside”.
TOFI sukar dikesan. Lemak tersembunyi itu hanya boleh dilihat menerusi ujian imbasan MRI atau ujian darah untuk mengesan paras kolesterol, gula dan fungsi organ.
Pekara ini telah disiarkan di facebook Public Health Malaysia, menurut portal tersebut punca lemak berkumpul adalah kerana anda memakan makanan segera dan minum minuman yang manis.
Malah, tidak aktif sehingga lemak tidak terbakar juga menjadi salah satu punca anda kurus di luar gemuk di dalam.
Dalam masa yang sama, PHM juga tidak menolak kerana tertekanan dengan hidup dan tidak cukup tidur juga boleh menyebabkan pekara seperti ini.
Hati-hati jika anda kurus merokok, ditambah pula anda tidak makan sayur lagi akan memburukan keadaan.
Antara ciri-ciri lelaki kurus tetapi gemuk di dalam adalah seperti
- BMI normal
- Kurus
- Otot di tubuh badan kurang
Jika anda perasan, individu seperti ini tidak cergas, cepat penat dan kadang kala nampak pucat. Situasi stress dan kurang tidur menyebabkan paras kortisol meningkat dan seterusnya meningkatkan lagi pengumpulan lemak di organ.
Lebih bahaya, akibat sentiasa langsing, mereka tidak mengawal pemakanan dan tidak menjaga kesihatan. Mereka juga tidak pergi menjalani ujian saringan kesihatan seperti orang lain.
Kesimpulannya, tubuh kurus tidak bermakna anda lolos dari risiko penyakit metabolik. Makanlah dengan kadar sederhana.. kurus bukan lesen untuk tidak menjaga kesihatan
Namun sekiranya anda sedang berusaha untuk makan banyak hanya kerana ingin menaikan berat badan, anda perlu elakkan mengambil makanan tinggi gula, garam dan lemak. Untuk menggelakkan lemak jahat berkumpul di tempat yang tidak sepatutnya.
Untuk sesetengah individu ia bukan suatu perkara yang mudah, badan akan bertindakbalas untuk mengurangkan selera makan, membebaskan hormon “kenyang” untuk mengelakkan berat badan meningkat.
.
Sumber: Public Health Malaysia
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI