Sebuah laman Facebook, The Wheelers Auto yang berpangkalan di Singapura ada memuat naik beberapa keping gambar model terbaharu Honda Civic Hatchback.
“Red Hot Chilli Pepper!” Itulah kapsyen yang ditulis laman Facebook berkenaan dan ia menerima ribuan tanda sukaan serta perkongsian daripada orang ramai.
Ini adalah koleksi gambar model Honda Civic Hatchback yang ada dijual di Singapura dan ramai orang geram melihat keseksian ‘body’nya :
1. Bahagian sisi hadapan
2. Bahagian belakang
3. Rekaan bahagian lampu
4. Eksos berkembar
5. Logo Civic
Bagaimana? Mengancam bukan? Kongsikan pandangan anda bersama Maskulin!
Sumber : The Wheelers Auto
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
RODA PANAS EP.8 – Definisi ‘Big Boy Toys’ Dengan Simbol Kelajuan Sejati Bersama Supercar!
Setiap lelaki mempunyai naluri yang cukup istimewa apabila melihat sebuah kereta berpestasi tinggi dengan gaya sporty di jalan raya.
‘Kagum’ merupakan antara perasaan yang hadir tatkala sedikit cemburu kepada pemilik kereta yang tergolong dalam kelas ‘Supercar’. Malah mengikut definisi lebarnya ia membawa maksud kereta sport berprestasi tinggi!
Supercar merupakan kategori paling atas dalam pembikinan automotif. Bukan sahaja dilengkapi dengan enjin yang luar biasa pantas tetapi hasil seni rekaannya juga cukup terperinci. Bercakap tentang rekaan terperinci kita pastinya tidak dapat lari dari membicarakan kehebatan automotif supercar dari Itali.
Dan pada episod ke-8. RODA PANAS 2 minggu ini akan menampilkan dua buah kereta dalam kategori tersebut yang diperbuat daripada negara Itali. Pemandu kereta lumba legenda negara yang tidak asing lagi dalam industri permotoran, Keifli Othman bakal muncul sebagai expert untuk episod kali ini.
Keifli yang ditemani hos RODA PANAS 2, Fizo Omar akan membawakan anda untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang kehebatan kereta SUV idaman ramai, Lamborghini Urus.
Bagi MASKULIN, Lamborghini Urus merupakan sebuah kereta yang bukan sahaja gah di jalan raya tetapi mempunyai reputasi mewah yang tersendiri. Di sebalik SUV mantap ini anda akan dihidangkan dengan segala kelengkapan teknologi, kehebatan enjin serta kualitin pembuatannya!
Manakala untuk segmen bersama tetamu jemputan pula, RODA PANAS menjemput ikon pemasaran online terkenal, Najib Asaddok. Sebagai seorang ikon pemasaran mempuntyai sebuah Supercar seakan meletakkan status tersendiri dalam kerjaya profesionalnya. Kereta yang cukup istimewa tersrbut ialah Ferrari 488 Pista.
Jika anda inginmengetahui lebih lanjut tentang dua ‘Supercar’ hebat ini jangan lupa untuk saksikan RODA PANAS 2 pada 6 Mac 2022 jam 6 petang di Astro RIA dan juga platform Astro GO!
Ingat roda gempak, ingat RODA PANAS!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Punca Utama Kerosakan Compressor Aircond, Sekali Rosak Memang Rabak Poket!
Bagi pemilik kereta di antara kerosakan yang boleh membuatkan mereka mengeluh ialah pemampat penghawa dingin atau compressor aircond. Apa tidaknya kos membaik pulih komponen tersebut sememangnya terkenal agak tinggi.
Lebih malang jika kerosakan berlaku pada tengah bulan tatkala poket anda pun sudah semakin kering. Kerosakan compressor ini pula tidak boleh ditangguh dan perlu dibaiki segera, lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di negara kita seperti sekarang.
Mahu tidak mahu kenalah ‘swipe’ kad kredit dahulu atau korek simpanan mana yang ada. Tapi sebenarnya anda boleh mengelak daripada berdepan kerosakan compressor aircond. Malah jika ia diselenggara dengan baik mengikut jadual berkala kerosakan itu tidak akan berlaku.
Namun ada beberapa petanda menunjukkan compressor aircond bakal rosak. Untuk elak daripada wang melayang lebih banyak kenal pasti petanda ini dan baikinya dengan segera!
GAS SIKIT
Salah satu petandanya ialah kandungan gas aircond mula rendah. Jika ada berlaku kebocoran dalam paip saluran refrigerant, kandungan gas secara automatik akan berkurangan. Bila ini belaku compressor kereta terpaksa bekerja lebih keras untuk mencapai suhu yang sejuk. Jika dibiar berterusan compressor akan rosak dengan teruk.
GAS TERLALU BANYAK
Manakala jika kandungan gas terlampau tinggi juga tidak elok. Sekiranya gas disi terlalu banyak ia boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada compressor. Begitu juga jika anda tertukar jenis gas yang digunakan. Sebaiknya rujuk manual aircond kereta atau pakar aircond sebelum tukar gas.
COIL TERLALU KOTOR
Jika bahagian coil aircond menjadi sangat kotor ia boleh menjejaskan fungsi sistem aircond untuk beroperasi dengan baik. Perkara ini juga boleh menyebabkan compressor bekerja lebih kuat untuk menyejukkan sistem. Sama seperti manusia, compressor juga tidak akan tahan lama jika dipaksa bekerja terlalu kuat. Ia boleh menjadi terlalu panas dan akhirnya rosak.
MASALAH ELEKTRIK
Ini antara kerosakan yang paling sukar untuk dikenal pasti. Walapun kerosakannya dianggap minor seperti ada wayar yang terputus namun natijahnya cukup besar sekali. Atau ada fuse yang terbakar lalu menyebabkan kerosakan pada komponen eletkrik. Impaknya boleh menyebabkan compressor juga menjadi rosak.
Bagi mengelak masalah ini lakukanlah pemeriksaan dengan lebih teliti ketika servis aircond secara berkala agar dapat mengesan komponen-komponen yang rosak.
KURANG PELINCIR
Apabila kurangnya pelincir atau lubricant pada compressor ia boleh menyebabkan berlakunya kerosakan serius.
Walaupun jarang ditukar namun selepas beberapa tahun anda menggunakan kereta, anda haruslah periksa kandungan lubricant pada compressor kereta. Jika ia berkurangan tambahlah dengan segera atau tukar kepada yang baru.
Sayangilah duit anda dan kenali petanda kerosakan yang berlaku pada compressor!
Kredit: thecarpedia.com/
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ingin Beli Kereta Terpakai? Ikuti 11 Tip Ini Sebelum Anda Membelinya
Membeli kereta terpakai bukanlah seteruk yang orang sangka. Selain harganya lebih murah ia juga memberikan opsyen yang banyak kepada anda untuk memiliki kereta sendiri.
Namun sebelum membeli kereta terpakai ada beberapa perkara penting yang harus anda berikan perhatian.
PASTIKAN BAJET
Antara tujuan utama anda beli kereta terpakai semestinya sebab ia lebih murah, bukan? Jadi perkara pertama anda perlu lakukan ialah tetapkan bajet sendiri dahulu. Sebagai contoh kalau bajet anda hanyalah kereta Myvi terpakai janganlah pula senaraikan BMW sebagai opsyen lain.
BUAT KIRAAN PINJAMAN
Besar kemungkinan anda akan melakukan pinjaman bank untuk membeli kereta. Jadi amatlah penting anda tahu untuk mengira apakah bayaran bulanan yang perlu dibayar. Sebagai contoh ambil harga kereta, harga deposit, kadar faedah dan tempoh pinjaman. Anda boleh buat kiraan ini di laman sesawang www.cars.com. KLIK SINI.
SURVEY ONLINE
Untuk mengetahui berapakah paras harga semasa kereta terpakai yang ingin dibeli anda boleh melakukan tinjauan secara online. Laman sesawang seperti MotorTrader, Carlist atau Mudah boleh beri gambaran tentang range harganya. Dan perlu anda ingat untuk tak melakukan survey pertama di kedai kereta terpakai. Risau nanti anda ‘terpukau’ dengan kata-kata manis jurujual.
PILIH 5 TAHUN KE BAWAH
Ini adalah untuk opsyen yang lebih selamat. Maksudnya di sini kereta tersebut berusia tidak lebih lima tahun sejak ia mula digunakan. Mungkin ada banyak kereta 5 tahun ke atas masih dalam kondisi baik tetapi cara ini secara tak langsung kurangkan risiko anda berdepan kerosakan lain di masa akan datang.
WASPADA JIKA TERLALU MURAH
Bila dapati ada kereta idaman yang ditawarkan untuk dijual pastinya anda akan berasa sangat teruja. Namun jangan tergopoh-gapah terlebih dahulu. Jika terlalu murah pasti ada yang tak kena. Sudah banyak kes menunjukkan kereta yang dijual terlalu murah pernah kemalangan teruk atau bertukar pemilik 3 atau 4 orang. Atau mungkin juga mileage yang sangat tinggi.
INTERAKSI DENGAN PEMILIK SEBENAR
Salah satu kelebihan melakukan tinjauan kereta secara online ialah anda boleh berinteraksi secara terus dengan pemiliknya. Ini kerana mereka akan jawab segala pertanyaan anda. Selain itu anda juga boleh melakukan ‘nego’ dengan lebih baik.
BACA: “Buka Full Tapi Tak Sejuk”, Filter Aircond Anda Mungkin Perlu Dicuci, Ini Caranya!
JADUAL SERVIS
Jika anda bertemu dengan pemiliknya, mintalah buku jadual servis. Menerusi buku tersebut anda boleh lihat bagaimana ia diselenggara sepanjang kereta tersebut digunakan sebelum ini.
PERIKSA LUAR & DALAM
Walaupun anda membeli kereta terpakai seelok-eloknya periksalah kondisi luaran dan dalamannya. Jika ada perkara perlu diperbaiki anda boleh minta pemiliknya memperbaikinya dahulu. Ataupun anda boleh minta pengurangan harga berdasarkan kerosakan itu.
PERIKSA KELENGKAPAN & PERALATAN
Sila pastikan segala kelengkapan dan peralatan berfungsi dengan baik seperti:
- Lampu tinggi dan rendah, signal, kabus, lampu kabin (di siling) dan amaran (hazard light)
- Penyaman udara
- Hon
- Radio dan pemain cakera padat (CD)
- Hendal pintu dan glove-box (laci dashboard)
- Tuil atau penetap cermin sisi
- Suis tingkap kuasa
- Soket 2.4V / palam pencucuh rokok
- Tuil tangki minyak, bonet dan but
- Pelaras kerusi dan tali pinggang keledar
- Tayar simpanan dan kotak alatan (tools box)
PERIKSA ENJIN
Ada 2 peringkat perlu diperiksa.
Peringkat 1:
- Tiada kesan minyak bocor
- Tiada kabel sambungan elektrik reput atau terputus
- Tiada komponen material getah yang tertanggal, melecur, melepuh, haus dan rosak
- Tiada bahanasing dalam radiator. Buka penutup dan lihat air radiator sama ada keruh atau jernih.
- Tiada bahanasing dalam minyak enjin. Tarik indikator minyak enjin dan lihat rupa minyak (cair, pekat, ada serbuk besi, dan lain-lain).
Peringkat 2, hidupkan enjin dan pastikan:
- Semua indikator pada panel meter menyala dan terpadam (seperti beg udara, suhu, enjin, ABS, dan lain-lain).
- Lihat asap yang keluar daripada ekzos. Jika keluar sedikit percikan air dan asap tidak berwarna atau biru sedikit itu bermakna enjin kereta dalam keadaan sihat.
- Tekan minyak pada 3,000rpm, 4,000rpm dan 5,000rpm. Setiap tahap dibuat secara ligatan (rev) enjin, iaitu tekan hingga mencapai tahap rpm diperlukan dan terus lepaskan pedal minyak. Meter rpm untuk enjin yang baik akan turun sekata bersama deruman lancar (tidak tersekat atau terbatuk).
PANDU UJI
Tidak kira sama ada anda berunding dengan pemilik terus atau penjual kereta terpakai, anda sebenarnya ada hak untuk meminta dibenarkan memandu uji kereta yang mahu dibeli. Memandu uji di sini bukanlah setakat menghidupkan enjin dan menekan pedal minyak. Kereta pilihan anda itu mesti bergerak. Pada tahap ini telinga anda memain peranan penting, termasuk deria lain. Apa yang anda perlu lakukan ialah:
- Cuba membrek secara perlahan dan kecemasan. Dengar jika ada sebarang bunyi aneh keluar.
- Cari selekoh dan belok. Dengar jika ada keluar bunyi ketika memusing stereng.
- Redah kawasan tidak rata. Sama juga, dengar jika ada sebarang bunyi aneh di bahagian tayar atau dalam kabin.
- Pandu dalam pelbagai halaju (60-110kmj). Pasang telinga dan rasai jika ada bunyi angin, gegaran enjin atau stereng, dan sistem suspensi.
- Gerakkan setiap takah gear. Jika manual, pastikan setiap takah gear (1-5/6) dapat ditukar lancar. Jika Auto, pandu kereta dalam tetapan D4, D3 atau D2, termasuk R. Pastikan setiap takah gear dapat ditolak atau ditarik masuk dengan lancar dan tidak tersekat atau tersentap.
Sumber: Pandulaju
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI