Walaupun sudah banyak negara berjaya melandaikan kadar jangkitan wabak Covid-19 namun risiko untuk berlaku semual penularan masih lagi wujud.
Kita bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia kerana tindakan pantas dan tegas yang dilaksanakan oleh kerajaan terutamanya dari Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuahkan hasil. Pada hari ini hampir semua kegiatan ekonomi telah kembali pulih dan berfungsi seperti biasa.
Namun usah leka kerana kita masih dalam proses pemulihan. Di peringkat global pula masih banyak negara yang berdepan dan bergelut untuk menurunkan kadar jangkitan.
Sehingga hari ini jumlah kes Covid-19 yang direkodkan telah mencecah sebanyak 10 juta dengan seramai lebih 500,000 menjadi korban.
Menurut laporan Reuteurs, sepanjang enam bulan penularan ini berlaku para doktor dan jururawat telah mendapat banyak input dan mempelajari beberapa perkara tentang wabak tersebut.
Berikut merupakan antara fakta yang didapati oleh mereka yang mungkin anda pun tidak tahu.
- Pesakit ada risiko risiko berdepan peningkatan pembekuan darah. Penggunaan agen penipisan darah dapat membantu.
- Meletakkan pesakit dalam posisi meniarap dapat melegakan tekanan terhadap paru-paru, sekali gus mengurangkan keperluan kepada mesin ventilator.
- Selain sistem pernafasan dan paru-paru, COVID-19 juga menyerang banyak organ lain termasuk jantung, hati, ginjal dan otak.
- Rawatan yang paling berkesan setakat ini ialah ubat anti-virus remdesivir, steroid dexamethasone untuk merawat tindak balas keradangan badan terhadap COVID-19, serta plasma yang disumbangkan oleh pesakit yang mempunyai antibodi terhadap penyakit itu.
- Ujian lebih meluas dan keputusan lebih pantas dapat membantu mengurangkan tekanan di hospital.
- Perkongsian maklumat dalam kalangan profesional kesihatan seluruh dunia sangat penting.
- Pencegahan adalah sangat penting kerana petugas kesihatan bergantung kepada orang ramai dalam menjaga kebersihan selain memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.
Itulah antara fakta yang diketahui mereka setakat ini. Namun mereka menegaskan bahawa masih banyak perkara yang mungkin tidfak diketahui tentang virus yang cukup bahaya ini.
Selain itu terdapat beberapa perkara yang masih belum diketahui pakar perubatan dan saintis sepenuhnya. Di antaranya ialah cara rawatan paling berkesan merawat pesakit, jangka masa untuk pulih, kesan jangka masa panjang dan juga kepantasan menyalurkan ubat dan rawatan secara meluas.
Teruskan dengan disiplin yang tinggi, patuh segala SOP. Kita mesti menang!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI