Rajin joging antara salah satu perjuangan untuk menurunkan berat badan dan ia bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan komitmen yang penuh untuk melalui proses menurunkan berat badan.

Tidak dinafikan untuk naik berat badan, memang mudah namun untuk menurunkannya sangat mencabar. Terdapat banyak faktor yang menghalang sesuatu perancangan untuk menguruskan badan. Salah satunya, sentiasa rasa malas nak amalkan senaman paling mudah iaitu rajin joging.

Walaupunbegitu, ada juga yang sanggup untuk menggunakan jalan pintas untuk kurus dengan memakan pelbagai produk yang tidak diketahui statusnya samada selamat ataupun tidak. Jika ia berterusan, badan akan rosak. Walaupun kurus namun tiada maknanya kurus tetapi badan penuh penyakit.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Muhammad Adam Hanafi melalui Facebook, dia menyatakan bahawa perjuangan kurusnya tidak melibatkan senaman yang teruk, mengambil pil kurus dan sebagainya.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

BACA: Untungnya Jadi Lelaki, Anda Mudah Kurus Sebab Metabolisme Lebih Tinggi & Kalori Cepat Terbakar!

Ads

Tips Ringkas Harian Saya Selama 4 Bulan

Saya mulakan dengan banyakkan minum air kosong sebanyak 5.7 liter sehari. Ketika tu, berat badan saya anggaran 96kg

Saya tidak mengambil sebarang air yang mengandungi susu atau gula.

Saya mula sarapan pagi saya dengan “scramble egg” 3 biji dan sedikit bawang goreng untuk ada kan sedikit rasa.

Ads

Saya makan tengah hari dengan hanya mengambil lauk-lauk seperti ayam goreng, sayur, sedikit kuah kari dan telur dadar/sikit air asam ikan bakar.

Malam hanya sekadar biskut Jacobs 3 keping, kadang-kadang telur goreng. Kalau orang rumah buat sup ayam, saya mungkin akan jamah sikit laa.

Joging ada juga, setiap kali “cheat day” atau ada masa lapang. Secara kasar dua (2) kali seminggu.

Ads

Kena elak stres

Secara jujurnya, saya tidak “pressure” diet saya sehingga ke tahap “stress”, sebab salah satu sebab kita x boleh konsisten dengan apa yang kita buat adalah disebabkan “stress”. Kena enjoy?

Ujarnya lagi, dia turut menjadikan alat penimbang di rumahnya sebagai inspirasi untuk kurus dengan harapan setiap hari ada penurunan berat badan hasil usahanya selama ini.

Adam ketika ini masih lagi giat bersenam untuk mendapatkan berat badan idealnya.

Teruskan berjuang Adam!

BACA: Selain Tingkatkan Sistem Imuniti, Mandi Air Sejuk Juga Boleh Kuruskan Badan

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI