
Di sebalik COVID-19, Hafiz Mahamad, seorang ushawan muda ada berkongsi beberapa posting mengenai cerita cintanya bersama isteri, Syafiqah Aina di sosial medianya.
Menurutnya dia menjadikan isterinya kekasih hati pada 2013. Isterinya ada meminta break pada bulan kedua mereka bercinta kerana dia merasakan Hafiz berubah. Namun Hafiz tidak melepaskannya kerana dia sudah ubah dirinya menjadi lebih baik.
Malah yang mencuri hatinya apabila isterinya itu berketerampilan Muslimah.
“Aku suka tengok dia pakai baju baju Muslimah, ni time aku request, kita dating malam ni awak pakai baju ‘muslimah’.
“Dia tunaikan malam tu, bila aku tengok aku terus cair. Demi Allah buat pertama kali aku rasa macam nak terus kahwin” Katanya melalui social medianya.
Ucapanya itu cukup menyentuh hati, dan cukup bermakna buat isterinya. Malah posting tersebut telah mendapat 11k likes, 3.3k comments dan 15k share.
Tak nak cakap banyak, anda tengok sendiri bagaimana dia lalui kehidupan ini dengan isterinya semala 9 tahun…
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Gopi Rizqi Bangkit Berniaga Demi Keluarga, Bukti Lelaki Perlu Terus Berusaha!

Usaha Demi Keluarga
Bergelar bekas pemain bola sepak bukan alasan untuk duduk diam tanpa mencari rezeki.
Itulah prinsip yang dipegang oleh Mohammad Gopi Rizqi, 36, apabila nekad berniaga air balang sempena bulan Ramadan di Kampung Api-Api, Pontian demi menyara keluarganya.
Walaupun pernah menikmati zaman kegemilangan bersama pasukan Pahang, Selangor, JDT dan Melaka United, kini Gopi bangkit dalam cabang rezeki yang berbeza tanpa rasa malu atau segan.
Menurut Gopi, keputusan untuk berniaga dibuat selepas gajinya tertunggak selama lapan bulan ketika bermain bersama sebuah pasukan bola sepak tempatan.
Situasi ini memaksanya mencari jalan lain demi memastikan keperluan keluarga terus terjaga.
“Saya tidak menyangka gambar saya berniaga tular di media sosial, tetapi inilah usaha yang saya lakukan untuk memastikan anak dan isteri tidak terputus bekalan makanan,” katanya.
Tanggungjawab Lelaki Tidak Pernah Terhenti
Bapa kepada dua cahaya mata ini membuktikan bahawa tanggungjawab lelaki terhadap keluarga tidak pernah terhenti walau apa pun cabaran yang dihadapi.
Walaupun bidang bola sepak bukan lagi punca rezeki utamanya, Gopi percaya usaha keras dan keikhlasan dalam mencari nafkah adalah satu bentuk jihad.
Bersama isterinya, Nor Hidayah Roslan, 38, Gopi menjual air balang perisa jagung dan mata kucing di samping kuih-muih yang laris terjual setiap hari.
Kejayaan kecil ini memberi sinar baru buat mereka sekeluarga, sekaligus membuktikan bahawa tiada kerja yang hina selagi dilakukan dengan penuh kejujuran.

BACA LAGI : Lelaki Hebat Bukan Hanya di Tempat Kerja, Tapi Juga di Hati Anak
Bangkit Tanpa Rasa Malu
Masyarakat sering meletakkan standard bahawa lelaki perlu sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi.
Namun, kisah Gopi Rizqi membuktikan bahawa kejayaan sebenar lelaki adalah apabila tidak pernah berputus asa dan sanggup bermula dari bawah demi keluarga.
Dalam pada itu, Gopi yang memegang Lesen Kejurulatihan ‘D’ masih menyimpan hasrat untuk berkongsi pengalaman dan melatih bakat muda dalam bidang bola sepak, jika diberi peluang di masa hadapan.
“Buat masa sekarang, fokus utama saya adalah perniagaan ini. Jika ada peluang menjadi jurulatih, saya sedia menyumbang ilmu kepada anak-anak muda di sini,” katanya.
Dalam kehidupan, setiap lelaki pasti akan berdepan ujian, namun yang membezakan adalah bagaimana mereka terus berjuang tanpa menoleh ke belakang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
“I Was Out Of My Mind “ – Hafeez Adam Cerita Kisahnya Bangkit Dari Sejarah Hitam

“CUTS & BATTLE SCARS”
Itulah penulisan yang dikongsikan oleh Hafeez Adam baru-baru ini di Twitter miliknya. Hafeez meminta orang ramai untuk membaca tentang kisahnya yang berlawan dengan ‘kisah hitamnya’ ketika di usia remaja.
Bismillahirrahmanirrahim.
First thing first. Content entry kali ini agak graphic. Diminta utk jgn baca if boleh trigger diri.
.https://t.co/0PHdsfwnPy pic.twitter.com/yfD6XqZqrF— Hvf (@HafreezAdam) May 12, 2020
Hafeez menulis di dalam blognya, dia pernah untuk menjadi seorang yang positif dan kuat satu ketika dahulu tetapi dia akur dia tersungkur dan jatuh juga.
Menurutnya, banyak benda yang dia lalui namun kerana sunyi, hidup berseorangan dan tertekan akhirnya dia mencederakan dirinya sendiri.
“I Was Out of my mind, aku tak berani guna perkataan depression tu sebenarnya. Because I didn’t know what I was dealing with. still don’t actually. But itu benda pertama aku buat. I started cutting myself. Yes, I cut myself.
“Mula dengan kecil dan kemudian besar. Malah lebih dalam. Selepas itu yang saya tahu badan saya di penuhi dengan parut luka.” Tulisnya di blognya.
Tambahnya dia seakan lega dan berpuas hati apabila melihat darah keluar dari badannya.
Malah, dia menambah dia sangat pandai menyimpan rahsia yang sebenarnya dia tertekan. Namun ada tiga orang rakannya yang berjaya menyelamatkannya dan dia berterima kasih pada Haziqah, Aiman dan Hairie kerana membantunya berdiri kembali.
“When the blood flows (out). That’s when the pain goes (away). What was I thinking?? I admit that I was feeling a lot better after every cut. Buat aku rasa lega (ye. psiko. tapi tu yang aku rasa). I’d feel okay for few hours before I go on for another cut.
“I didn’t tell a single soul. I kept everything to myself. I was really good at keeping things to myself. Tak ada seorang pun housemates aku tahu yang I was in deep masa mula-mula tu dan aku pandai sorok juga. hari-hari pakai baju lengan panjang/hoodies.
“But Aiman, Hairie and Haziqah saved me, mereka bertiga keluarkan aku dari darkness tu. Tolong aku berdiri balik. Hairie was the first one yang ternampak. then He texted Aiman. And Aiman bagitahu Haziqah. Haziqah and Aiman was away masa tu. Thus, the reason kenapa ada gambar-gamabr dekat atas.
“Jujur. Aku berhenti solat masa umur 18 tahun. Memberontak. Mak marah seratus kali. Seratus kali aku ignore.” Tulisnya lagi.
Kini dia semakin pulih dan kuat. Malah dia juga telah Kembali kepada Allah, dia berdoa agar diberi kekuatan untuk mengharungi segala ujian, cabaran dan dugaan daripadaNya.
“Ya Allah, kau berikan lah kekuatan dan ketenangan yang senantiasa kepada hambamu ini. Kau berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian, cabaran dan dugaan dari mu, Ya Allah
“Itu adalah doa aku. setiap kali lepas solat. Alhamdulillah. Aku diberi kekuatan dan ketenangan sedikit demi sedikit. Allah murahkan rezeki aku. Hidup aku sibuk dengan kerja dan kerjaya sehingga aku tak sedar. Dalam tempoh aku leka berkerja. Aku diberi kekuatan dan ketenangan untuk meneruskan hidup dengan lebih positif dan menjadi manusia yang redha. Aku lupa semua masalah aku. Alhamdulillah.
“ Honestly, and this is very important, I wasn’t trying to commit suicide pun. That was never my intention. Didn’t cross my mind. I only wanted the pain to go away. I wanted to let IT go. But that was crazy-thinking. That was stupid.
“And today, when I look at these scars. These battle scars. My battle with my issues, aku tak pandang parut-parut ni dengan perasaan “I’ve failed” parut-parut ni adalah tanda yang cakap dekat aku “You’re a winner. You’ve been through darkness” kau jatuh dan bangun semula. And here you are. Standing. (as) A winner. Because you’ve fought.” Jelasnya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Positif Lawan Penyakit Kanser Prostat, Kini Dato’ Sri Nazir Razak Pulih Sepenuhnya!

Mendengar sahaja penyakit kanser prostat pasti cukup menggerunkan untuk kaum lelaki kerana ia merupakan penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kematian.
Apatah lagi ia berkait rapat dengan organ pembiakan, maka tidak semua lelaki yang selesa untuk berkongsi pengalaman tentang penyakit ini.
Walau bagaimanapun, peluang untuk sembuh juga tinggi jika penyakit ini dapat dikesan lebih awal sebagaimana Dato’ Sri Nazir Tun Razak, seorang kanser survivor yang kini bebas daripada kanser prostat.
Kehadiran penyakit yang tidak diduga ini nyata telah mengubah gaya hidup Dato’ Sri Nazir Tun Razak untuk lebih peka tentang kesihatan diri.
Artikel berkaitan: Lelaki Kesunyian Berdepan Masalah Kesihatan Luaran & Dalaman
Artikel berkaitan: Cuba Periksa Warna & Bentuk Kuku Anda, Kerana Ia Boleh Memberi Petunjuk Tahap Kesihatan Anda
Disahkan kanser prostat tanda simptom
Semuanya bermula ketika beliau menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai syarat awal pembelian insurans.
“Saya pun pergilah jumpa doktor. Lepas buat medical test itu, dapat result, doktor kata dari segi PSA Test iaitu test cancer marker, tinggi sangat. Jadi, kena buat test lagi.
“Selepas itu saya buat MRI, confirm ada tumor, ada pembesaran dalam prostat saya. Lepas tu saya kena buat test biopsy untuk pastikan ini kanser atau tidak.
“Bila buat biopsy tu, confirm saya ada kanser prostat dan ia sangat agresif. Kalau saya tak buat rawatan dengan segera, kanser ini boleh merebak ke seluruh badan.
Akui Dato’ Sri Nazir Tun Razak, dia sendiri terkejut apabila doktor mengesahkannya menghidap kanser prostat sedangkan beliau langsung tiada sebarang tanda.
Rasa takut terus menerjah dirinya saat mendengar perkataan kanser keluar dari mulut doktor.
“Alhamdulillah, saya sangat bertuah kerana penyakit ini dikesan lebih awal iaitu di stage 2 dan boleh buat pembedahan kerana kanser ini belum merebak.
“Saya menjalankan ujian di London dan memberitahu doktor saya ketika itu untuk menjadualkan pembedahan saya selepas saya pulang dari bercuti.
“Betapa sihatlah saya rasa pada masa itu sehingga boleh bercuti dengan keluarga!”

Bangkit dan ubah gaya hidup sihat
Bukan mudah untuk menerima hakikat bergelar pesakit kanser, apatah lagi penyakit ini boleh meragut nyawa. Selain melakukan pemeriksaan dan menjalankan rawatan, sokongan ahli keluarga sangat penting dalam memberi semangat untuk pesakit melawan kanser prostat ini.
“Apabila saya mendapat tahu yang saya menghidap kanser prostat, saya serta keluarga saya risau kerana ia diketahui bahawa kanser mampu meragut nyawa pada bila-bila masa, dan saya juga khuatir jika sesuatu tidak baik berlaku semasa prosedur pembedahan.
“Tetapi keluarga saya memberi semangat terutamanya isteri dan anak-anak saya yang meyakinkan saya bahawa prosedur tersebut akan berjalan lancar dan saya akan cepat sembuh.
“Abang-abang saya Nizam dan Johari serta keluarga mereka melawat saya di London. Tidak lupa juga rakan-rakan saya seperti Tan Sri Tony Fernandes, Datuk David Chua, Datuk Haris Onn dan Datuk Kamaluddin Badawi.”
Disebabkan kanser prostat ini, Dato’ Sri Nazir Tun Razak berhenti merokok dan lebih kerap bersenam selepas pulih.
Jika sebelum ini beliau terlalu fokus pada kerjayanya di CIMB sehingga mengabaikan kesihatan, tetapi kini beliau lebih memandang serius tentang kesihatan diri.
Untuk rutin pemakanan, beliau cuba untuk mengambil makanan yang lebih berkhasiat dan mengurangkan makanan yang berlemak tinggi. Tidak dilupakan, aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu tidak kira di rumah ataupun di luar apabila bermain golf.
Jangan abaikan gejala ini
1. Jangan melengahkan masa lagi. Jika anda mempunyai gejala seperti kerap membuang air kecil, sukar untuk membuang air kecil ataupun mempunyai nafsu berahi (libido) yang rendah, anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
2. Walaupun anda tidak mengalami apa-apa gejala, anda harus menjalani pemeriksaan prostat yang berkala selepas umur 50 tahun dan ke atas.
3. Jika anda mempunyai sejarah kanser prostat dalam keluarga terdekat, anda juga dalam golongan yang berisiko tinggi dan wajar menjalani pemeriksaan prostat yang berkala dengan doktor.
“Amerika Syarikat di mana ujian prostat kerap dilakukan, kemungkinan golongan lelaki mendapat kanser prostat adalah 10%. Ingat, hanya lelaki berisiko mendapat kanser prostat, dan mampu diselamatkan jika dikesan dan dirawat dengan awal.”

Kaedah rawatan pesakit kanser prostat
“Penting untuk pesakit mendapatkan nasihat doktor jika mengalami gejala kanser prostat. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh termasuk digital rectal examination (DRE) dan ujian darah Prostate Specific Antigen (PSA) sebagai penyiasatan awal Kanser Prostat.
“Jika keputusan ujian-ujian tersebut adalah ‘luar biasa’, pesakit akan dirujuk kepada pakar Urologi untuk pemeriksaan lanjut termasuk ujian biopsi kelenjar prostat.”
Menurut beliau lagi, kanser prostat adalah antara kanser yang mempunyai peluang sembuh yang paling tinggi jika dikesan dan dirawat awal.
“Data dari kajian-kajian kanser prostat menunjukkan bahawa lebih 90% pesakit kanser prostat pada peringkat awal dapat hidup sekurang-kurangnya 10 tahun selepas menerima rawatan.
“Sebaliknya, jika kanser ini dikesan pada peringkat yang lewat, hanya sekadar 30% pesakit yang akan hidup lebih daripada lima tahun.
“Berdasarkan pengalaman saya, selepas prosedur biopsi tersebut mengesahkan bahawa ketumbuhan saya sudah menjadi barah, doktor cadangkan saya untuk menjalankan pembedahan secepat mungkin.
“Selepas pembedahan tersebut, alhamdulillah saya pulih dengan sepenuhnya dalam beberapa bulan.
“Saya rasa memiliki kesedaran mengenai kanser prostat adalah sangat penting. Kanser prostat adalah salah satu kanser yang lebih mudah dirawat dan kadar pulih pesakit kanser prostat yang dirawat awal juga adalah tinggi, hanya jika dikesan awal.”
Saksikan “Power Talk NI Fight Againts Cancer Campaign” pada 18 November 2020 secara live di FB Mingguan Wanita.
Subscribe dan tonton video Fitness di Youtube MASKULIN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI