Ramai orang beranggapan bahawa sukan yang dimainkan oleh golongan kelas atasan adalah sukan polo. Namun, bukan ia tidak terhad disitu sahaja kerana mereka juga mempunyai minat terhadap sukan lain terutamanya adik-beradik keluarga diraja British serta cucu kepada Ratu Elizabeth iaitu Putera William & Harry.

Dalam senarai yang MASKULIN paparkan ini terdapat juga beberapa sukan yang banyak dimainkan oleh golongan kelas pertengahan, ikuti senarai penuh di bawah ini.

1. Sukan Ragbi

Ketika menuntut di Kolej Eton, kedua-dua Putera raja ini sangat aktif bermain ragbi. Putera Harry banyak menyumbang kepada pembangunan Sukan Ragbi dikalangan belia di kebanyakan sekolah melui pengurusan Kesatuan Ragbi England.

BACA: Nampak Sukar Untuk Diturutkan, Namun 4 Etika Fesyen Lelaki Diraja British Ini Wajib Dipatuhi

Ads

 2. Polo

Sukan yang menjadi kegemaran kelas atasan, sukan polo. Sukan ini menjadi mahal kerana pemainnya memerlukan seekor kuda dan harga seekor kuda termasuk penjagaannya bukanlah murah.

3. Ski

Waktu kecil dahulu, Kedua-dua putera raja yang dilahirkan oleh Puteri Diana sering dibawa trip ke kawasan pergunungan untuk bermain Ski. Ketika ini kedua-dua anak Putera William bersama isterinya Kate Middleton meneruskan tradisi tersebut dengan membawa keluarganya ke French Alps untuk trip Ski. Sukan ini hanya dimainkan ketika penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Ads

4. Bola sepak

Menurut surat khabar The SunPutera William merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Inggeris dan dia merupakan seorang peminat pasukan Aston Villa manakala adiknya Putera Harry seorang peminat pasukan Bola Sepak Arsenal.

Ads

5. Mendayung

Ini bukan sukan berkanu yang anda lihat di kawasan tasik, ini adalah sukan yang dipertandingkan diseluruh dunia iaitu Sukan Mendayung. Sukan ini menjadi kegemaran Kate Middleton  dan ia merupakan salah satu cara bagaimana dia mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Sumber: cheatsheet.com

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI